I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Oct 31, 2007

ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz

setiap kali aku mahu membaca buku-buku ilmiah, study untuk final exam, pasti akan terasa ngantuk yang teramat sangat..huhu..badan terasa letih, perut terasa lapar, dan katil pun memanggil2 untuk aku menidurinya..huhuh..ditambah lagi dengan comforter yang lembut itu, meronta-ronta meminta aku menyelimuti tubuhku dengannya..tidakkkkkkk.....


Oct 28, 2007

- Kesusutan Yang Tiada Hentinya -

" Kekusutan di dalam diri membuat kita lemah untuk menghadapi diri sendiri dan orang lain, yang akhirnya menghancurkan harapan dan impian yang dibina"

kelemahan yang ada pada diriku memang sukar untuk ditangani.semakin hari, aku terasa bagaikan diriku terasa lemah untuk menghadapi masa hadapan. pelbagai rintangan dan dugaan yang melanda jiwa telah membuatkan aku lupa akan hakikat sebenar kejadian ku.

kini, sudah hampir sekian lamanya, aku mengimpikan suatu kebahagiaan dalam diriku.kebahagiaan yang ada pada diriku tiada tolok bandingnya. namun, kadang-kalanya kebahagiaan itu rosak dan punah bak omba
k tsunami yang menghempas pantai. aku bagaikan kabur dengan bayangan diri sendiri, yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup.




aku kusut dengan pelbagai masalah yang menimpa diri, walhal, ianya tidaklah sebesar mana.kalau diukur dengan pelbagai masalah di dunia ini, mungkin masalah ku ini hanyalah sebesar zarah.aku pasrah dengan apa yang berlaku di sekitar ku.tidak mampu untuk aku mengubahnya dalam sekelip mata.

orang hanya pandai berkata-kata, tetapi kita harus juga pandai untuk menilai setiap tutur kata mereka.aku sering mengendahkan apa orang kata, dan sentiasa memegang teguh dengan pendirian aku sendiri.

aku hanya punya masa yang singkat untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi segala masalah yang membelenggu diri.tatkala 'dia' bergembira dengan hidupnya, aku masih bergelut untuk mencari hala tujuku. setiap apa yang aku buat untuk si 'dia' harus ku perhalusi dahulu, sebelum ku laksanakan.sedikit tersalah langkah, bergelok lah hubungan aku dengan si 'dia'.aku yakin suatu hari nanti, akan ade sinar bahagia yang membolehkan aku dan si'dia' untuk bersama-sama mengecapi masa depan yang cerah.....

Oct 27, 2007

K.A.M.I

have u heard about drama seris K.A.M.I ???

drama series ni memang menarik untuk ditontoni. aku terlalu asyik dengan jalan ceritanya walaupun kadang-kadang berbelit-belit, sebab banyak flashback tentang kisah-kisah sebelum tu.anyway, jalan cerita memang menarik.nampak macam urban drama skit la.sesuai untuk teenage, but mana-mana bad moral values yang ada dalam tu tak perlulah diikuti.

apa yang menyedihkan, dari sumber-sumber yang aku dapat tahu, drama siri ni cuma ade 8 episod je.huhu..sedeynye..baru tgh syok tgk, dah habis.dieorang nak kuar filem pulak, maybe next year.takpe2.aku sanggup tunggu.hehe..

ade beberapa ayat yang best daripada drama tu yang sempat aku petik, aku rase amat sesuai untuk dijadikan renungan mahupun pandangan kiter semua.


" Apabila kita gagal untuk berkata-kata, kita perlukan seseorang untuk membantu"

" Kita perlukan seseorang untuk memahami kesusutan diri ini"

sungguh berfalsafah ayat nie..

K.A.M.I memang rock..cayalah pelakon-pelakon utama die, ALI,ABU,LYNN,ADII and SOFIE




Oct 26, 2007

terendakian 2003

to all terendakians of batch 2003, aku harap kerjasama korang untuk memberikan alamat tetap korang, untuk senang dihubungi.mana la tau, kot2 ade event yang memerlukan sesuatu di hantar ke alamat korang, means macam ade member-member kiter nak kawin ke, leh la view alamat tu kat sini.korang leh submit via comment kat sini, then aku akan buat post baru yang mengandungi sume alamat-alamat korang tu..butiran utk korang bagi adalah:

name penuh + name samaran,
alamat tetap,
no telefon(kalau nak bagi),
and ur email address..


sekian terima kasih..

....the day of today....

hari ni merupakan hari yang tersangat busy bagi aku.busy dengan kehadiran kelas-kelas secara mengejut.started from 8.00 am after the morning prayer, till 6 pm, i'm attending about 4 classes..dari subjek EMT, computer architecture, statistics, and lastly economy kejuruteraan(sucks)..tak suka langsung subjek ekonomi nie..not in my field..aku tak faham sepatah haram pun subjek ni.dah la esok ade test + kelas 2 jam lagi..

skarang tinggal lagi berapa hari je lagi before the final exam.and quite busy submit assignment and study.pening-pening.ape-ape hal pun, kene strive for the best.takkan nak buat bodo je dengan final exam rite?? ehm...arghhh...tension nye nak dekat final exam nie..huhu

Oct 24, 2007

male pregnancy...

aku baru je bace blog dari vangardx pasal male pregnancy.bunyi cam pelik je kan, tapi jangan khuatir, sumenye pasal faktor pemakanan orang-orang laki.tapi dari post die tu, kirenye die tunjuk makan banyak2 kat Seoul Bulgogi Korean Restaurant, Kerinchi, sempena majlis berbuka puasa.

anyway, kali ini aku cuba nak kupas pasal orang-orang laki yang perut buncit ni kan(aku pun sama sebenarnya).kalau diikutkan, orang laki ni memang kuat makan pun kan.terutama kepada mereka-mereka yang telah berkahwin.mana tidaknya,masakan isteri konfem sedap-sedapnya.kalau tak sedap pun, leh jadi sedap bukan. bila orang laki ni makan, dorang mesti nak makan benda-benda yang menjadi feveret dorang.jadi untuk mencuba masakan-masakan baru.bila dah dapat makanan feveret, apa lagi, lenjan la sampai habis.kene kat restoran ke, mahu sampai 2-3 pinggan.

fenomena orang laki makan banyak ni memang la tak pelik.sebab kiter sendiri leh tengok kat gerai-gerai makan, restoran-restoran, memang banyak didatangi oleh kaum adam, berbanding kaum hawa.terutama sekali pada waktu malam.waktu malam la paling syok makan.aku teringat satu malam tu aku lepak-lepak dengan kawan aku kat laman midah, kat gerai abg din.start dari pukul 8.30 malam, sampai la pukul 12 lebih, baru kami balik.pinggan makan jangan cakap la banyaknye, dan air-air yang di'order' teramatlah banyak.sampai orang gerai tu pun pelik tengok kami makan.sambil-sambil makan tu, kami pun bantai bersembang.ntah ape-ape topik la dibualkan.

nak dijadikan cerita, ade la anak-anak dara merangkap awek-awek cun makan kat meja sebelah kami masa tu.dorang memang pelik tengok kami makan(agaknya lah).mana taknya, sebab tengah makan pun leh sembang, pastu gelak berdekah-dekah..aku yang tengah isap rokok pun leh terbahak-bahak dengan perbualan member-member aku tu. then, lepas awek-awek tu belah je, datang lagi satu group awek yang kureng cun.dorang pun buat muka pelik gak tengok kami..hehe..

as conclusion, aku memang akui la orang laki ni memang kuat makan.dan tak salah kalau ade statement male pregnancy kan..hehe

Oct 23, 2007

a waveform of final examination....

harini, aku telah menduduki kertas ujian bagi subjek 'digital system'. agak terkejut aku pabila soalan yang aku spot, hanya satu je yang masuk, lagi satu tu aku tak study langsung.anyway, aku dapat jugak jawab kedua-dua soalan dengan baik, walaupun lagi satu soalan tak habis buat.tak sempat nak siapkan litar.

bagaimanapun, esok aku ade lagi satu test.computer architecture......arghhhhhhh----------------- ape la simptom dan gelombang-gelombang maut yang menimpa bila nak dekat-dekat exam ni..huhu..minggu depan pun ade lagi satu test, EMT, sebelum aku start final exam pada awal bulan 11 ni.segala persediaan untuk exam ni aku buat last minute je..banyak gak topik yang aku tak faham, tapi lepas buat discussion dengan housemate aku, dapat gak faham sikit-sikit.

pasal final kali ni, aku harap aku dapat jawab dengan baik hendaknya..takkan nak bagi pointer drop kot.kalau ikut jadual, final aku habis 22hb Nov, dan aku planning 28hb tu aku nak mintak cuti sampai 2 Dis.sebab nak teman ayah aku yang kene buat treatment kat IJN..huhu..bila la die nak sembuh.(teringat la pulak kat abah aku tu..huhu..)......

ape-ape pun, sem ni aku akan dapat skor dengan yang terbaik.aku nak jadi pegawai kejuruteraan dalam TUDM..takleh nak toleh ke belakang lagi..aku ade lebey kurang setahun setengah je lagi nak habiskan degree aku ni..just do it, arms'..take it or leave it..

Oct 21, 2007

here i come again

huhu..dah lame gile aku tak post kat blog aku nie, since aku balik cuti raya haritu..anyway, raya kali ni sederhana la bagi aku..yang sedey nye, rumah baru family aku tu tak siap2 lagi..huhu



anyway, after this, kene brush up balik otak ni utk test dan final yg semakin dekat nie..huhu..camne la aku nak study last minute nie..setiap sem same je nampaknye..huhu

Oct 7, 2007

penghijrahan kedua..

penghijrahan bilik buat kali kedua nye sepanjang 3 tahun lebih aku berada di UPNM ini..
Pada kali ini, aku akan berpindah ke bilik 4-1, naik satu aras.and after dis, tak boleh la nak turun naik ikut tangga.tinggi skit dari tingkat 3 hari tu..hehe.
penghijrahan kali ini memang memenatkan.walaupun aku telah mengerahkan seramai 5 orang askar bantuan untuk mengangkat barang-barang aku tu,tapi perasaan letih dan penat terlalu menghantui diri aku ni..opss..terlupa pulak nak bagitau bile aku start pindah kan..ini cerita sebenar dan rentetan sebenar kejadian..

pada hari isnin minggu lepas, member aku cakap nanti ade rombakan bilik-bilik penginapan..kirenye satu rumah, ade duduk 4 orang je.so, aku pun berharap sangat nanti aku dapat duk bilk sorang..senang nak manage barang, and boleh buat ape-ape je yang aku nak.anyway, aku dapat satu rumah dengan member-member course yang baik..aku serumah dengan suo kadet, mama minul n shah gorgon.kire orait la kan.and aku pun dapat duk bilik sorang..started by jumaat malam sabtu tu, kiterorang pun berpindah tempat..dari rumah lame ke rumah baru..kirenye majoriti budak2 aku yg duduk kat pangsapuri perwira ni, sumenye kene berpindah bilik.memang dah jadi tongkang pecah blok kiterorang nie..sume barang jadi 'in and out'..

ni merupakan blok yang aku duduk, dan anak panah tu merupakan master bedroom yang diduduki oleh mama minul dan shah gorgon..(aku curik gmbr dari syam ni,hehe)

ehmm..mase mula2 pindah tu, memang bilik lame aku jadi cam haram j je..sakit hati pun ade..tapi berkat keringat askar2 aku, barang2 tu dapat di bawa dengan baik..banyak jugak half time mase proses pemindahan..dan setiap kali half time, minuman yang sedap2 disediakan oleh diriku dan kawan2 yang lain kepada askar2 bantuan kiteroang tu..korang nak tau tak sape askar bantuan tu?? haha..dorang adalah junior aku kat mrsm dulu, merangkap junior kat upnm nie..budak foundation..bukan kes buli eik..minta tolong nie..







ni la serba sedikit wajah barang2 aku..ni baru 10%..berlambak lagi sebenarnye..malas nak tangkap banyak2..setelah bertungkus lumus sepanjang malam tu, akhirnya aku pun selamat berpindah ke bilik yang baru..hehehe..

Oct 4, 2007

renovation in progress

ehmm..kali ni aku nak share sikit pasal umah baru family aku yang terletak kat area pengkalan, perak..kirenye, dekat2 dengan pasir puteh dan batu gajah..taktau?? gi cek map malaysia yang detail eik.

rumah baru kiterorang ni terletak di kawasan perumahan yang dinamakan Kinta Perdana..so sape-sape yang pernah dengar nama ni, di sini la terletaknya rumah baru aku.rumahnya banglo setingkat je.bunyi je banglo, tapi kecik je..tanah bahagian belakang umah memang besar.and ade tasik@lombong yang takde lah kotor.ramai gak yang memancing kat situ.so, dengan keluasan tanah yang ade, ayah aku pun buat la extension.gambar kat bawah nie aku amik mase kerja-kerja penyiapan lantai rumah dan yang sewaktu dengannya..



ayah dan mak aku sebagai 'projek manager' telah berbincang untuk menjadikan rumah tersebut yang pada asalnya ade 4 bilik, menjadi 7 bilik..kirenye setiap sorang adik beradik aku yang seramai 5 orang tu dapat satu bilik(termasuk la aku), mak ayah aku satu bilik dan satu bilik khas, yang taktau nak buat ape lagi..bilik-bilik kiterorang tu takde lah besar sangat..tapi nak tau besar ke tak besar, tunggu siap dulu..hehe..ni aku lampir lagi gmbr project manager dgn apek2 cina yang tengah mengerjakan rumah kiteroang tu..







aku berharap rumah akan cepat siap dan sedia untuk diduduki menjelang raya haji nanti..sebab nak raya puase ni pun tak siap2 lagi..huhu

no idea to say

its been a very long time since my last post, and i didn't post any..takde idea sebenarnya sekarang ni..yela, dengan assignment berlambak-lambak, connection internet yang slow, huhu..berat sungguh bahu memikul, berat lagi jari nak menaip..

anyway,aku skang ni tengah menghitung hari nak balik bercuti raya.rasa macam dah lama je tak balik ipoh ni. since my last post about my journey tu untuk balik raya, akhirnya aku tidak menggunakan mana-mana option yang aku buat..sungguh tak patut aku nie.ini disebabkan 'adik' aku telah berjaya mendapatkan tiket bas tambahan untuk aku.die beli kat transnasional(punye la susah nak eja syarikat bas ni)..so, aku akan pulang ke pangkuan mak ayah aku pada 11 oktober 2007, pada pukul 10.00 pagi..kene naik kat jalan duta.aduhai, malasnye nak pegi sane..

sebelum aku dapat balik ke kampung nie, ade banyak mission yang perlu aku buat.terutamanya menyiapkan assignment, kene hadapi test II statistik
dan kene mengemas barang-barang untuk berpindah ke bilik yang baru.huhu.pasni, duk bilik sorang-sorang..hehe..

last but not least, aku doakan lagi beberapa hari untuk menghabiskan puasa nie, takde la masalah datang kat aku, macam malas nak puasa ke, nak ponteng puasa ke, or anything la yang seangkatan dengannya.arghhhhhhhhhhhh..lack of idea maaa