I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum
Showing posts with label tentera. Show all posts
Showing posts with label tentera. Show all posts

Jun 14, 2008

Pegawai tentera meninggal dunia


KELUARGA Allahyarham Hisyamudin menuntut jenazahnya di HKL untuk dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih, Gombak semalam.

KUALA LUMPUR - Pegawai tentera, Kapten Hisyamudin Sahidan, 26, yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak Ahad lalu meninggal dunia pagi semalam.

Mangsa yang melecur sehingga 80 peratus selepas kereta miliknya terbakar di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang, Ahad lalu disahkan meninggal dunia pukul 6.20 pagi.

Jenazah mangsa dituntut oleh ahli keluarga mangsa sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih di Gombak dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, kedua ibu bapa mangsa tidak mahu ditemu ramah kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa Hisyamudin yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu.

Turut berada di bilik mayat tersebut ialah teman wanita mangsa, Fatimah Husairi, 21, yang turut enggan ditemu ramah.


KERATAN Kosmo! 10 Jun.


Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang bertugas di Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Port Dickson melecur hampir 80 peratus dari kepala hingga paras lutut selepas kereta Satria Neo miliknya terbakar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnaen Abd. Rahman berkata, siasatan setakat ini mendapati kejadian tersebut tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Jun 9, 2008

Kapten Shahrizal ditemui mati selepas seminggu hilang

sumber utusan malaysia

IPOH 8 Jun - Selepas seminggu dilaporkan hilang ketika menjalani latihan ketenteraan di Hutan Simpan Belum, Banding, Kapten Shahrizal Abd. Latiff, 23, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat tentera petang ini.
Mayatnya ditemui di kawasan berhampiran Sungai Kejar di hutan tersebut pada kira-kira pukul 4.30 petang ini dan mayatnya mungkin hanya dapat dikeluarkan dari hutan itu lewat malam ini.
Bapa saudara mangsa, Mohd. Nordin Ahmad Bakri, 50, berkata, berita menyedihkan itu telah disahkan oleh salah seorang abang kandung Shahrizal.
"Salah seorang abang Shahrizal telah beritahu saya tentang berita kematian itu menerusi satu panggilan telefon tadi.
"Saya juga diberitahu abang sulung dan ibu Shahrizal kini dalam keadaan sugul apabila mendapat berita sedih ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Keluarga Shahrizal sebelum ini dilaporkan bimbang apabila menerima berita kehilangan pegawai tentera tersebut di Hutan Simpan Belum, kira-kira 200 kilometer dari sini.
Mangsa yang bertugas di Batalion 23 Rejiman Guar Permai Tambun dan berasal dari Bahau, Negeri Sembilan ditugaskan mengetuai satu platun bagi menjalani satu latihan ketenteraan di hutan tersebut sejak 1 Jun lalu.
Bagaimanapun, pada keesokan harinya keluarga mangsa di Negeri Sembilan telah dimaklumkan mengenai kehilangan Shahrizal oleh pihak tentera.
Berikutan itu, keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
Shahrizal baru menamatkan pengajian di Akademi Tentera Malaysia (Atma) kira-kira setahun lalu dan dihantar ke Kem Guar Permai, Tambun dan berkhidmat di Pasukan 23 RAMD.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
Beliau juga belum mendapat laporan punca kematian mangsa dan menunggu hasil bedah siasat Hospital Gerik.


GUGURNYA SEORANG LAGI WIRA NEGARA SEWAKTU DI MEDAN LATIHAN..SAYA DOAKAN SEMOGA TUAN BERADA DI DALAM GOLONGAN YANG DIRAHMATI ALLAH...