I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Sep 21, 2007

Petua nak elak selipar hilang




salah satu idea yg menarik..mende ni leh apply terutamanya utk kaum adam sewaktu nak smayang jumaat.takut selipar yg 'mahal' tu hilang kan... cubalah try test..hehe

Computer Architecture Phenomenon

last night, aku tido lewat sgt2..mane tidaknye, nak menyiapkan assignment digital system dengan nak study untuk test computer architecture arini..elok2 lepas terawih, aku pun balik ke bilik, dan terus menuju ke bilik operasi group aku..nampaknya, ahli-ahli group aku sedang sibuk menyiapkan langkah2 terakhir assighment tersebut..kepakaran aku diperlukan untuk menyiapkan design circuit yg diperlukan..aku pun tanpa berlengah lagi, mencapai segala peralatan perang aku, dan terus membuat design circuit tersebut..bilik operasi kami menjadi tunggang-langgang dengan kertas-kertas draftnye(seperti aku menaip post ini, banyak sgt draft),termasuklah dengan makanan yg ntah bile2 ade dlm bilik tu..


malangnye tepat pukul 10.30pm, kami telah dikejutkan dengan fenomena 'perut kembali lapar'...dan terus turun ke cafe bang long tersayang utk menjamah roti canai, roti telur, murtabak, dan juga roti sardin..malang skali lagi, pabila seorang senior kami yg baru ditauliahkan ajak bersembang(minta maaf tuan), smpilah ke pukul 12 lebih...ALAMAK, assignment tak siap lagi...study pun belum..aduhaii...

kami bergegas naik ke bilik utk menyiapkan assignment dan study untuk test arini..hasil dari penat lelah aku, terhasil la litar yg diperlukan utk assignment kami tu..dan terhasil h/work 1 utk projek digital system..





lepas dah siap2 assignment tu, kami pun study la same2 subjek computer architecture tu..(study ke?? main ym je lebih)..smpi dah tak larat sangat, baru lah aku pegi menidurkan diri..bukan meniduri orang k..ehmm..dan test pada pagi tadi, aku dapat jawab dgn baik(padahal, ade jeling2 skit kat paper orang sebelah)..hehehe..

Sep 20, 2007

Nurin Jazlin?? Cite Terbaru

Polis cadang ibu bapa Nurin buat ujian DNA semula

SHAH ALAM 20 Sept — Polis akan mencadangkan kepada ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, untuk menjalani ujian DNA kedua setelah mereka enggan mengakui yang mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Utama pada Isnin lepas adalah anak mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata ibu bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35, telah mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak perempuan tersebut bukan anak mereka walaupun keputusan ujian darah dan DNA menunjukkan mayat kanak-kanak itu mempunyai hubungan dengan mereka.

“Kita telah pun menjemput ibu bapa mangsa tengah hari tadi untuk membuat pengecaman semula ke atas mayat dan mereka mengesahkan itu bukan mayat anak mereka. Jadi kita akan cadangkan untuk membuat ujian DNA sekali lagi nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Isnin lepas, mayat budak perempuan tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, lepas dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Khalid berkata sampel darah kakak Nurin Jazlin juga akan diambil untuk tujuan ujian semula DNA.

“Mungkin kita akan memanggil saudara lain yang mempunyai kaitan dengan Nurin Jazlin juga untuk membuat pengecaman semula terhadap mayat kanak-kanak tersebut,” katanya.

Beliau berkata rekod pergigian juga akan dirujuk.

Ditanya sebab ibu bapa Nurin Jazlin enggan mengesahkan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu walaupun setelah ujian DNA membuktikannya, Khalid berkata: “Susah juga nak cakap...mungkin sebagai ibu bapa ini adalah satu situasi yang sukar untuk diterima”.

Khalid berkata polis juga akan mendapatkan penjelasan daripada doktor kenapa kanak-kanak perempuan itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada lengannya.

Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.-Bernama

Sep 19, 2007

Probability & Statistics


aku baru je habis kelas statistik..huhu..lecturer buat revision dgn assignment yg baru die bagi smlm..dah la aku tak siap 3 soalan..huhu..takpe2..follow thru je la...hehe..anyway, aku nak 'highlight'kan skit sedikit fenomena yg berlaku sewaktu kelas tadi..


somebody telah mencuri my reference paper dan dgn cepat menukar no ic aku kepada no ic beliau..oh sungguh tidak ku sangka..aku tak dapat mengenal pasti empunya tangan, sebab gmbr ini ditangkap oleh orang lain..bagaimanapun, manusia itu ter'kantoi' daripada perbuatan terkutuk beliau, dan segera memulangkan semula kertas rujukan aku tu..siut nye membe..


inilah serba sedikit wajah suka dan duka budak2 kelas aku sewaktu kelas statistik tadi...ade yg tgh tekun mendengar, sibuk berbincang,dan yg asyik menelaah soalan assignment..tak kurang jugak kepada apek sorang tu yg buat2 intelligent, padahal tgh lopong, dan member2 aku duk dekat pintu, yang tengah syok bersembang, walhal, lecturer tgh mengajar kat depan..

macam-macam ragam aku dapat tgk sewaktu kelas tadi...hah..ni ade lagi sorang..yg duk asyik mengelamun kat awek die, smpi tertutup mata..bangun weh, lecturer tgh mengajar tu..