malam tadi, tepat pukul 12.01 tengah malam, harga minyak di semua stesen minyak seluruh negara telah dinaikkan.ini berikutan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak mengikut harga pasaran semasa, tetapi di beri diskaun sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang diisi kedalam tangki minyak kenderaan masing-masing..
sebagai penggunaan kenderaan, saya berasa dukacita di atas kenaikan yang mendadak, namun apakan daya, ini semua mungkin.....mungkin untuk kepentingan semua pihak.. memandu kereta nasional dengan kapasiti enjin 1600cc, ternyata keputusan kerajaan yang terlalu mengejut ini membuatkan aku terpaku sebentar.. peristiwa berbaris panjang untuk mengisi minyak bagaikan satu pesta jualan murah..beratus-ratus kenderaan beratur untuk mengisi minyak pada harga RM1.92/liter berbanding sekarang RM2.70/liter bagi petrol, dan banyak juga yang terlepas peluang apabila waktu menghampiri 12.00 tengah malam. tetapi saya masih berjaya mengisi minyak "full tank" walaupun telah singgah hampir 3 petrol station Shell di sekitar bandar sri damansara ini gara-gara mengelak berbaris panjang untuk mengisi minyak...
lagi berita yang sempat di baca membuatkan saya terpana untuk pulang ke kampung. petikan daripada utusan malaysia yang di baca pada pagi ini. dan selaras dengan kenaikan harga minyak ini, berkemungkinan harga tiket bas ekspress pun akan naik. so, nak balik ipoh naik ape ni ye?? naik keretapi la jawabnya.
mari minum
Jun 4, 2008
Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43
sumber: utusan malaysia 05/06/08
PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.
Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.

Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).
Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri.

“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual.
“Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen.
“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.
Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya.
Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.
Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.
Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''
Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata:
“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.
“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''

Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu.
Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz.
Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob.

Jun 3, 2008
dinner for MRSM Terendak silver jubilee celebration
INFO ON 30/5/2008:GOOD NEWS: PERMINTAAN YG SANGAT MENGALAKKAN MAKA BOOKING SEAT DINNER MASIH DIBUKA...BAYAR UNTUK CONFIRM BOOKING. ADDITIONAL 100 SEATS ARE NOW AVAILABLE. CONTACT WAKIL BATCH ATAU SAYA UTK INFO LANJUT
kepada semua wakil batch, sila kemaskini data anda untuk senarai nama yang akan hadir tuk jubli....sekarang kita dah ada jumlah terkini penyertaan n nak nama pulak...sila letak nama kawan2 kita tu yer....nama gelaran dulu pun xper....nanti kita update dari semasa ke semasa.......
SENARAI TETAMU YANG SUDAH BAYAR MENGIKUT BATCH:
Batch 87:-X-TDK: 31 orgSpouse:2 org Total: 33 orang.
Batch 88:-X-TDK: 4 orgSPOUSE: 1 org TOTAL: 5 orang
Batch 89:-X-TDK: 3 orgSPOUSE: 0 org TOTAL: 3 orang
Batch 90:-X-TDK:SPOUSE:TOTAL:
Batch 91:-X-TDK: 8 orgSPOUSE: 1 org TOTAL: 9 orang
Batch 92:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 3 orgTOTAL: 15 orang
Batch 93:-X-TDK: 4 orangSPOUSE: 1 orangTOTAL: 5 orang
Batch 94:-X-TDK: 3SPOUSE: 1TOTAL: 4 orang
Batch 95:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 1 orgTOTAL: 13 orang
Batch 96:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 4 orgTOTAL: 16 orang
Batch 97:-X-TDK: 15 orgSPOUSE: 6 orgTOTAL: 21 orang
Batch 98:-X-TDK: 11 orangSPOUSE: 1TOTAL: 12 orang
Batch 99:-X-TDK: 2 orgSPOUSE: 1 orgTOTAL: 3 orang
Batch 00:-X-TDK: 34 orgSPOUSE: 5 orgTOTAL: 39 orang
Batch 01:-X-TDK: 39 orgSPOUSE: 4 orgTOTAL: 43 orang
Batch 02:-X-TDK:SPOUSE:TOTAL: 40 orang
Batch 03:-X-TDK: 18 orgSPOUSE: 3 orgTOTAL: 21 orang
Batch 04:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 2 orgTOTAL: 14 orang
Batch 05:-X-TDK: 52 orgSPOUSE: 0 orgTOTAL: 52 orang
Batch 06:-X-TDK: 30 orangSPOUSE:TOTAL: 30 orang
Batch 07-X-TDK: 0SPOUSE 0:TOTAL: 0
Total Pembayar RM100/person: 306 orang *lom finalizeTotal Pembayar RM70/person: 37 orang * lom finalizeTotal Seat Dinner Yang Sudah Dijual: 375 seatsBaki Seats Yg Still Available: 126 (can be increase if needed)

internship training
sudah sekian lama rasenye aku tidak menulis di dalam blog aku ni.. memandangkan sibuk dengan final exam yang lalu, dan menjalani latihan praktikal, kini aku baru mendapat sedikit ruang untuk udpate my syaifulnbrothers.blogspot.com ...
aku kini sedang menjalani latihan industri di brilliance information, di bandr sri damansara. company nie agak cool la, dengan riuh rendah staf n budak-budak praktikal kolej komuniti..dorang semua ni memang rock..sempoi habis.
since aku lapor kat company ni on 5th of may, skang ni dah sebulan rupenye aku jalani latihan di sini. banyak jugak yang aku belajar kat sini, daripada kawan-kawan company yang sungguh sporting..paling best and happening aku rase kat company ni bile join main futsal..nowadays, dah main 2 minggu sekali..boleh la..dapat gak kuarkan peluh skit2..
ehmm..ape lagi eik...haha.. and now, aku dah tekad utk update blog ni dari semasa ke semasa memandangkan aku ade masa terluang yang banyak..kalau tak banyak pun, ade la skit2...hehe..
adios..

Subscribe to:
Posts (Atom)