mari minum
Sep 19, 2007
Sebab tiada bonus
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan mempunyai dana yang terhad dan perlu diagihkan untuk projek yang memberi impak maksimum kepada rakyat seperti projek di pedalaman, membekalkan air ke kampung atau menangani kadar kemiskinan bandar.
Katanya, tanpa bonus, kakitangan awam masih mendapat habuan berdasarkan pengiraan kadar kenaikan gaji bagi tempoh enam bulan mulai 1 Julai lalu, menyamai dua hingga empat bulan bonus.
"Mereka yang mendakwa Bajet 2008 sebagai bajet pilihan raya tentu terkejut dan bertanya mengapa kerajaan tidak umumkan bonus.
"Ini adalah kerajaan bertanggungjawab dan kadar dana yang kita miliki terhad. Ini bukan isu beri bonus atau tidak (kepada kakitangan awam), ia sebenarnya bagaimana menggunakan dana untuk faedah maksimum negara," katanya pada sidang akhbar khas selepas pembentangan Bajet 2008 kepada media tempatan di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini, semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2008 yang antara lain menetapkan pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah, selain memperluaskan skim pinjaman buku teks.
Nor Mohamed berkata, penjawat awam sentiasa dekat dalam hati kerajaan malah sumbangan mereka dihargai dengan pengumuman kenaikan gaji 1 Julai lalu.
"Jika diambil kira kadar kenaikan gaji sejak bulan lalu hingga akhir tahun ini, kumpulan berpendapatan rendah menerima kenaikan hampir empat bulan bonus dan ramai yang lain (dalam kumpulan lain) mendapat kenaikan umpama dua bulan bonus," katanya.
Dipetik daripada Berita Harian.
Sep 18, 2007
Misteri Kehilangan 3 orang Budak Perempuan
KUALA LUMPUR: “Tergamak kakak buat mak dan abah macam ni, apa salah kami? Kami berdua terlalu sayangkan kamu...”
“Mak sudah pun beli tiga pasang baju kurung raya untuk kakak. Kami sendiri pun tidak ada baju raya tahun ini semata-mata untuk menggembirakan kamu,” demikian luahan Zaima Osman, 33, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui selepas dilaporkan hilang di Bukit Beruntung, Rawang, baru-baru ini.
Pada malam Sabtu lalu, Norashila Jaafar, 12, dikatakan ‘ghaib’ dengan berpakaian lengkap dan ‘bertelekung’ kononnya untuk ke surau berhampiran rumahnya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, dekat sini untuk solat sunat Tarawih.
Bagaimanapun, dia yang berniat melarikan diri dari rumah kemudian mengajak rakannya, Rosbazla Mohd Basri dan Nursyakila Azlan, masing-masing berusia 14 tahun mengikutinya dengan alasan menemaninya ke rumah ibu saudara di kawasan berhampiran.
| |
Dengan berbekalkan dua helai baju selain wang RM50 dan telefon bimbit yang dicuri daripada ibu bapanya, pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya itu bersama dua remaja perempuan berkenaan kemudian menginap selama satu malam di rumah rakannya di Bukit Sentosa.
| |
Pada keesokan harinya, mereka ke Rawang dan menaiki komuter menuju ibu kota dipercayai untuk bersiar-siar sebelum bertemu beberapa rakan lelaki.
Mereka kemudian bermalam selama dua hari di rumah lelaki berkenaan dan mendakwa hanya memakan roti sepanjang tempoh itu.
Pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Norashila yang tidak tahan dengan keadaan itu ingin pulang ke rumah namun diekori beberapa lelaki berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam.
Dia yang ketakutan segera menghubungi datuknya yang bekerja di Angkasapuri sebelum ditemui di bawah sebuah jambatan di kawasan berkenaan dalam keadaan tidak terurus.
Beberapa anggota dari Balai Polis Pantai yang turut berada di lokasi kejadian kemudian membawa kanak-kanak itu ke sebuah pangsapuri di kawasan berhampiran di mana dua lagi rakannya berada.
Ibu bapa ketiga-tiga remaja perempuan berkenaan dihubungi pihak polis supaya hadir di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan dan menuntut anak mereka.
Zaima berkata, dia pelik dengan perubahan tingkah laku anaknya dan menyifatkan mereka sekeluarga tidak pernah mempunyai sebarang masalah serta persengketaan dengan Norashila.
“Melalui pemerhatian saya, sikapnya mula berubah sejak kebelakangan ini dan suka memberontak. Ia mungkin kerana dia tidak suka dikongkong dan inginkan kebebasan.
“Saya tidak menafikan bapanya pernah memarahinya sebelum ini. Namun, itu semua demi kebaikan dirinya dan tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pantai di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi.
Zaima bersama suaminya, Jaafar Abdullah, 39, sebelum itu sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa berhubung kehilangan Norashila.
Menurut Zaima, dia sekeluarga bagaimanapun bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis dan media kerana turut membantu dalam usaha menjejaki anaknya itu.
Kanak-kanak itu ketika ditemu bual berkata, tindakannya melarikan diri dari rumah akibat merajuk serta tidak tahan dengan leteran ayahnya.
Menurutnya, dia bagaimanapun menyesal dengan keputusannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi serta akan mematuhi arahan kedua ibu bapanya.
Sementara itu, Sulaiman berkata, pihaknya berjaya menemui ketiga-tiga remaja perempuan itu selepas menerima maklumat orang awam termasuk datuk mangsa.
“Selepas 15 minit menemui Norashila di bawah sebuah jambatan, pihak kami kemudian mengesan dua lagi rakannya di sebuah kafe siber di Pantai Dalam sebelum membawa mereka ke balai polis berhampiran.
“Hasil siasatan awal mendapati mereka menginap selama beberapa hari di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, kes berkenaan tidak mempunyai unsur jenayah dan hanya dikategorikan sebagai orang hilang,” katanya.
Sehubungan itu, Sulaiman menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi sepenuhnya anak-anak mereka selain mengambil kira sensitiviti dan perasaan mereka bagi mengelak perkara buruk berlaku.
5th day of ramadhan
makan dan minum diharamkan sewaktu berpuasa di siang hari.tidak dilupakan juga kepada beberapa perkara yang terlarang, yang telah digariskan oleh agama kita sewaktu menunaikan ibadah puasa ini..
kepada golongan kaum adam, janganlah mencari 'excuse' anda untuk tidak berpuasa..jangan lah mencari alasan seperti kaum hawa(mereka tidak berpuasa sebenarnya mempunyai alasan yang kukuh). Yang penting, niat kita mesti ikhlas, menjalani ibadah puasa ini sebagai satu ibadah kita kepada Tuhan kita..
kadangkala, terdetik juga di hati, kenapa masih ada manusia-manusia yang masih berdegil untuk berpuasa,walhal, ibadah ini merupakan salah satu daripada rukun Islam kita..tidak salah jika saya katakan bahawa mereka yang sengaja meninggalkan ibadah puasa ini(tanpa alasan yang munasabah) sebenarnya terdiri daripada golongan yang jahil akan keperibadian agama Islam itu sendiri..
jadi, renungkanlah, apa salahnya kita berpuasa, mengingat penderitaan umat manusia yang masih ketandusan makanan dan minuman, golongan manusia yang masih berada di dalam kelompok miskin dan papa kedana..kepada yang kaya-raya, hulurkanlah bantuan kepada golongan yang memerlukan..tak perlulah berbelanja berlebih-lebihan berbuka puasa di tempat-tempat yang eksklusif..
apa yang penting, jangan lupa bayar zakat fitrah..ingat ye, bayar lah zakat fitrah tersebut...
Sep 17, 2007
reunion terendakian 2003
bertarikh 26 ogos 2007, aku dengan sukacita nye telah menerima jemputan daripada member skolah lame aku, syima, untuk menghadiri reunion budak2 maktab aku yg ke-3..ni la gmbr orang2 yg hadir..dan setelah penat melahap makanan di kenny rogers tu..nampaknya, prestasi makanan kat kenny rogers memang tak memberansangkan..ayam die ciput je..tapi agak sedap laa..but, aku memang tak kenyang,,sebab perut aku memang extra besar..kalau yg lain2 tu leh kenyangm aku taktau nak cakap ape..heheh..to ADOT, thanks sebab sudi jemput aku ngan rozack beserta wani menaiki myvi SE ko yg serba baru tu...bile nak bawak aku naik lagi..hehe..to all my friends yg hadir reunion tu,..thanks la sebab bagi support kat majlis kiter tu..bukan senang syima nak organise..(sebab aku dah rase organise mase first reunion kiter tu.)..hahaha..kalau ade sape2 yg terpikir nak reunion lagi, organise la lagi..best pe dapat jumpe kawan2 lame nie

