I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Apr 28, 2008

off to the last paper

and now, i'm off to the end of my final exam for sem 6..sebanyak-banyak halangan yg dihadapi sepanjang 4 paper yang berlalu akan di habiskan untuk sisa-sisa 2 paper pada rabu dan ahad nie...semoga aku dapat menjawab soalan-soalan dengan baik...huhuh

Apr 15, 2008

kekusutan yang menimpa

diriku kusut dek segala permasalahan yang kini melanda diriku. tidak aku mengerti mengapa aku jadi begini.tidak pernah ku rasakan perasaan sebegini rupa. aku, diriku, hanya aku dan Allah yang faham segalanya. aku dapat rasakan sesuatu yang akan berubah di dalam diriku. apakah ia sesuatu kebaikan ataupun keburukan, masih aku tidak fahami..

kadangkala, orang mudah berkata, jangan diikutkan perasaan hati.tapi antara semua-semua benda yang boleh mempengaruhi diri ini hanyalah hatiku sendiri. aku kian terhimpit dek permasalahan yang aku sendiri tidak mengerti malah mengetahui apakah ia sebenarnya. hari-hari aku lalui sepanjang minggu ini memang benar-benar mengganggu benak hatiku. aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri. yang mungkin orang lain tidak memahami di sebalik perkataan itu.. " aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri"... di mana arah tujuku, tidak ku ketemui..dimana arah hidupku, masih samar dalam bayangan diriku..dan dimana cahaya hatiku, masih gelap dirundung masalah..

aku terfikir jua akan kekusutan jiwa yang melanda diriku kini..apakah sesuatu yang besar ataupun hanya sebesar zarah yang tidak mungkin nampak oleh mata kasarku.. setiap detik waktu yang berlalu benar-benar menguji diriku.. dan aku kini pasrah kiranya masalah ini menghantui diriku sampai bila-bila..

mencari arah kehidupan sebenar bukan nya mudah, dan kita harus menghadapi setiap cabaran dan dugaan dengan hati yang terbuka dan sentiasa tabah. namun setiap onak dan duri itu, pasti terpahat beribu kepahitan yang kita sendiri tidak mahu menghadapinya. malah, untuk kita mencari pasangan hidup, yang akan sentiasa mengisi kekosongan hati adalah terlalu sukar.. masakan tidak, jika jiwa sendiri ternoda oleh segala permasalahan, inikan pula mahu menyayangi dan mencintai jiwa dan hati seseorang.. ku cuba menyelami hati seseorang,namun aku kini sedar, yang aku mempunyai kekosongan jiwa, kekosongan yang diibaratkan sebagai sesuatu yang tidak punya apa-apa, sesuatu yang terlalu abstrak untuk dijelaskan dengan kata-kata mahupun penulisan ini...biarkanlah masa sahaja menentu segalanya..aku akan sentiasa menerima dengan segala apa yangberlaku di sekitarku.. tidak akan ku mungkiri janji aku bersama si dia, walaupun telah banyak kekangan yang menimpa diriku...

bersama hati dan perasaan, aku akan terus melangkah mencari arah tuju hidupku, mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna, seperti yang dicita-citakan oleh kedua ibu bapaku..seperti mana mereka mahu aku menjadi seperti yang mereka idamkan..walaupun jiwa memberontak untuk tidak menerimanya, tapi sebagai anak yang seharusnya patuh kepada kehendak ibu bapa, aku pasrah menerima segala amanat dan amanah yang diberikan kepadaku..

walaupun kini aku kian dihimpit kekangan hati dan jiwa terhadap diri sendiri, aku masih berbangga kerana aku masih mampu berdiri di atas kakiku sendiri, di atas pendirianku yang jahil akan kehendak duniawi. dan kini untuk selamanya, aku akan mengatur langkah hidupku agar aku tidak terpesong lagi mengatur hidupku..walaupun lencongan hidupku telah terlalu jauh untuk berpatah balik, tetapi aku tahu, aku di mana, dan bagaimana harus aku mencari jalan pulang ke pangkal jalan...

Apr 9, 2008

T-SHIRT for silver jubilee MRSM terendak

salam to all my friends.. good news to alumni of MRSM Terendak..T-shirt sempena sambutan jubli perak maktab telah tiba, hasil titik peluh our good designer.. sila lihat-lihat di bawah ye..

anda berminat??? sila membuat tempahan menerusi link ini.. http://forum.extdk.net/index.php?topic=1832.msg45080;boardseen#new bersama-samalah kita menjayakan sambutan JUBLI PERAK MRSM TERENDAK ...

perpindahan bilik sempena temuduga intake 2008 UPNM

salam and hallo everybody..today i'm feel so tired..pagi kelas, petang layan ping pong ngan member..ntah berapa banyak set kami main..and malam pulak, i've to push out my whole energy untuk 'clearkan' semua barang-barang dari dalam bilik..mahu tahu sebab apa?? kerana adik-adik aku yang akan menyertai UPNM pada tahun ini akan 'meminjam' bilik kami untuk sesi temuduga mereka..huhuh..batch aku yang paling senior pulak yang kene kosongkan bilik masing-masing..tapi yang junior-junior foundation and 1st year tak kene pun..ape la nasib badan..ini semua kehendak pihak Universiti... apa yang aku kesalkan, benda-benda ni berlaku semasa kami akan menghadapi peperiksaan akhir sem..dah la minggu depan start study week, tapi kene push balik rumah..suruh study kat rumah..kalau dah nama pun duduk rumah, mana la nak study sangat kan..ape-ape hal pun, semangat kene kental beb..kalau tak, macam mane nak harungi dugaan mendatang...nama pun askar, kene lah kuat mental (walaupun mental aku tengah lemah skang ni)...
ni aku attachkan sedikit gambar-gambar yang telah berjaya membuatkan aku mental yang amat untuk mengemaskan barang-barang aku yang teramat lah banyak..



pemandangan bilik aku semasa proses pemindahan


aku kumpulkan semua barang-barang atas katil

set golf, baju dan seluar yang dah bertaburan

pemandangan rumah yang kene detail untuk dijadikan stor

haha..sian budak-budak rumah ni..habis kami kumpulkan barang-barang ke sini..12 buah rumah punye barang, di'compress'kan dalam satu rumah kecuali katil, locker dan study table..
80 % proses perpindahan hampir berjaya..meja komputer masih berselerak

bilik aku siap dikemaskini..tinggal comforter utk tido je..
dan beg balik kampung


blazer, parade jacket, dan uniform tinggal untuk di hantar ke rumah..
takut hilang

dan ini lah hasilnya..locker aku berjaya dikemaskini..hahahhaa