I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Dec 18, 2007

selamat hari raya aidil adha

esok merupakan hari bersejarah bagi umat islam di serata pelusuk dunia, di mana kita akan menyambut hari raya aidiladha. aktiviti korban akan diadakan di setiap madrasah, masjid-masjid bagi memperingati peristiwa korban masa zaman nabi kita dahulu..

untuk diri ini, aku berharap pada sambutan hari raya ini, aku akan dapat menginsafi diri sendiri supaya sentiasa berkorban demi kebaikan agama, negara dan bangsa. dan untuk sekian lama nya tidak bercuti panjang, esok aku akan mula bercuti selepas acara korban di sini, sehingga 29 hb. kepada rakan-rakan seperjuangan di UPNM, marilah kita mengabadikan cuti yang diberikan ini sebelum semester baru bermula...

aku masih tidak mempunyai apa-apa planning yang menarik, dan sekiranya ada, sudah semestinya aku berkongsi dengan anda di blog ku ini..selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam..

Dec 17, 2007

halo and a very good day to everybody.. last Thursday, after playing golf for 9 holes, I've rush to the National Heart Institute to visit my father who admitted ward for two days. he will doing the treatment which we call angiogram.

since ayah aku dah report kat IJN last two weeks, he come back again to do the treatment. and here is some of the photos, taken at the ward.before and after the treatment.


this is the ward he admitted to.thanks to all of the staff nurse and doctors.



my father taking his first dinner before started fasting at 10 pm

after the 'angiogram' treatment.having his breakfast.



my mum prepares for the breakfast given by the hospital(so delicious,nyum nyum)



aku import staff nurse dari PPUM (university hospital) utk bace report ayah aku..hehe



that cute staff nurse explain to my mum about the chest x-ray


messy bed before leaving to see the doctors for an advice
close up for the x-ray film

ayah aku ade two blocks kat die punye valve, means out of 4, 2 daripadanya dah kene block.so, with such treatment, costly about rm 40,000 (+ the ubat-ubatan)...nasib ayah aku baik sebab die dapat buat awal, then dapat discharge dari ward petang tu jugak.dan aku selaku driver bertauliah telah membawa ayah dan mak aku pulang ke ipoh.dan keesokan harinya, aku pulang semula ke KL kerana masih ada tugas yg perlu dilaksanakan...

guys out there, instead of smoking, kite juga kene jage pemakanan.doktor kat IJN tu ade cakap, yg valve ayah aku kene block sebab lemak banyak sangat, and sebab smoking too...so, marilah kiter same-same menjaga kesihatan kiter..kurangkan lemak dalam makanan..hehehe

Dec 10, 2007

bakal isteri angkasawan ex-terendak

aku baru dapat tahu pasal cerita bakal isteri angkasawan kite tu adalah ex-mrsm aku dulu..die spm batch 97..wah3..makin meletup la maktab aku tu..bekas student bakal jadi isteri angkasawan pertama negara..hehehe...


KUALA LUMPUR: “Persahabatan kami terjalin lima tahun lalu, namun ketika itu hanya sebagai kawan biasa. Tanpa disedari ia menjadi akrab dan bertukar mesra sejak dua tahun kebelakangan ini,” akui gadis manis yang berjaya bertakhta di hati Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35.

Dr Halina Mohd Yunos, 27, berkata dia selesa berkawan dengan Dr Sheikh Muszaphar dan menganggap lelaki hebat itu sebagai seorang yang baik budi pekertinya dan bersifat merendah diri.



Menurutnya, pertemuan pertama mereka berlaku ketika dia baru memulakan pengajian dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala Dr Sheikh Muszaphar mengikuti pengajian perubatan lanjutan.

Perkenalan awal katanya, hanya berkisar mengenai perbincangan pelajaran serta tugasan di makmal dan tidak lebih daripada itu, namun tanpa disedari, lama kelamaan ia membuahkan bibit cinta.

“Malah keluarga kedua-dua belah pihak juga mengetahui hubungan kami sejak awal ia terjalin,” katanya yang seolah-olah bersedia dengan soalan yang bakal diajukan wartawan.

Jika Dr Halina bukan gadis pilihan Dr Sheikh Muszaphar yang baru-baru ini mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat, pasti dia tidak akan membawa wanita itu pada majlis yang dikhaskan untuk meraikan media.

Pasangan itu memeranjatkan hadirin pada Majlis Malam Media anjuran UKM di Hotel Nikko, Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Mereka muncul dalam dewan kira-kira jam 10.45 malam dan terus menuju meja utama sebelum bersalaman dengan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin.

Ketika itu, Dr Sheikh Muszaphar berpegangan tangan dengan Dr Halina dan kemudian naik ke pentas apabila jurufoto media meminta untuk merakamkan gambar mereka berdua.

Pakaian sedondon hijau yang digayakan pasangan itu menggambarkan mereka mempunyai cita rasa sama dan sedia berkongsi hidup.

Dr Halina, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, kini bertugas sebagai pegawai aestetik di Pusat Kecergasan Wanita PrimaNora di Taman Tun Dr Ismail di sini, berkata kali terakhir dia mengunjungi keluarga Dr Sheikh Muszaphar semalam (kelmarin) dan menyifatkan keluarga teman lelakinya berhemah tinggi.

Nada suaranya yang sentiasa ceria memberi gambaran keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan murni mereka.

Ditanya sama ada mereka akan menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, Dr Halina dengan nada suara perlahan berkata, soalan itu perlu diajukan kepada Dr Sheikh Muszaphar sendiri.

Sesuai dengan kerjaya yang disandang, penampilan ringkas Dr Halina dengan baju kurung dilengkapi rantai labuh dan sepasang subang gantung menyerlahkan lagi penampilannya.

Dr Sheikh Muszaphar pula ketika diajukan pertanyaan mengenai hubungan istimewanya begitu berhati-hati menjawab dengan berkata, beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya buat masa kini, dia sibuk memberi tumpuan kepada tugasan terutama dalam menyiapkan hasil penyelidikan ketika di angkasa.

Sekembali dari Amsterdam, Belanda, Selasa lalu, Dr Sheikh Muszhapar dilaporkan memberitahu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Jamaluddin Jarjis, beliau akan bertunang tahun depan.

Sementara itu, Dr Jamaluddin mengesahkan angkasawan pertama negara itu akan mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita tempatan, tahun depan.

“Saya berjumpa Sheikh Muszaphar semalam (kelmarin), sekembalinya dari Amsterdam dan beliau mengesahkan perkara itu,” katanya pada sidang media mengenai Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan 2007 di sini, semalam.

“Sheikh Muszaphar juga memaklumkan yang beliau sudah mengenali pilihan hatinya itu lebih lima tahun,” katanya yang enggan mengulas tarikh pertunangan itu.

Dec 7, 2007

today's word

apsal la boring sangat hidup aku seminggu ni..takde ape-ape aktiviti yg boleh membuatkan aku happy pun..

anyway, tadi aku ade call mak aku..family aku dah move ke rumah baru kami.and esok dorang nak buat doa selamat sikit. habis sume sedare mara di ajak, and kengkawan terdekat.dan tidak lupe kepada family 'adik' aku pun di ajak sekali..tapi aku sedikit frust sebab aku tak dapat balik.walaupun sume family members aku dah balik hari ini.selalu sangat camni.bile dorang wat gathering or majlis yg best2, mesti aku takde..terasa bosan lak duduk kat kl ni..

arghhhhhhhh...i have no idea to write about anything...huhuhuhuhuhu

Dec 3, 2007

golf again n again

today, i play 9 holes golfing at KGMTD. tgh syok tgk movie mortal combat ngan member(kat bilik die), suddenly my golfer's gang message, ajak main..die kate dah lame tak main sama..haha..disebabkan sian ngan die, and dah bosan yg amat, aku pun gi lah main..9 lubang je.and aku manage to get 3 par,2 bogey, 2 double bogey, and 2 lagi taktau brape pukulan dah..banyak sangat..hahaha..i really can't stop playing golf since my tournament hari tu..rase nak main hari2 je.tapi kalau main hari-hari, rabaklah poket ku yg sedia nak rabak dah nie..hehehe

Dec 2, 2007

back from the holiday

salam kepada semua..aku baru je balik dari ipoh, balik jumpe family.dah lame rasenye tak balik.itupun, aku minta cuti, kalau tak, terpaksa tunggu cuti yang akan diberikan pada 20hb ni smpi 27hb..anyway, aku balik ipoh mase hari jumaat lepas, cuti hujung minggu je.aku kuar sebelum solat jumaat, then solat kat masjid jamek.planning asal aku pada mulanya nak lawat 'adik' aku je dulu sebelum amik bas, last2 die call aku cakap die demam teruk.nak pegi klinik, nak minta MC.sebab tak larat nak keje.then makin meluap2 la semangat aku nak melawat die.
since rumah 'adik' aku dekat ngan rumah pak uda, aku pun call la pak uda aku, cakap nak datang umah die.nak lunch kat sane.saje, lame dah tak datang umah die.ehm.aku smpi kat rumah pak uda aku dalam kul 3, dan 'adik' aku pun dah pegi klinik ngan kawan die.takpe,lepas die jumpe dr, baru aku jumpe die.sembang punye sembang dengan mak uda dan pak uda aku, tup2 dah kul 4 lebih.tak sedar pun, sembang2 sambil makan. then dekat2 kul 5, 'adik' aku call, cakap die dah dapat MC.dan die decide nak balik.kirenye, aku ngan die balik ipoh same2 la.sebab die pun orang ipoh gak, tapi kat chemor laaa..hehe..kiteroang pun amik bas malam, kul 9, bas sri maju, sebab tiket banyak dah habis..
ape yg aku nak cerita kat cnie adalah peristiwa dalam bas sewaktu aku balik ipoh bersama 'adik' aku tu.semasa dalam perjalanan, since die tak berapa sihat, lebih2 lagi lepas dah makan ubat, aku pun suruh die tido je.sepanjang perjalanan tu, asyik berdering je hp die, lepas sorang2 message.aku pun buat donno je la.malas nak busybody.then, die punye bengang sebab asyik kene kaco dengan deringan phone tu, die pun silent kan hp, dan bagi aku pegang.aku pun letak dalam pocket seluar belah kiri..
kisah yang berlaku adalah ketika kiterorang nak dekat2 sampai ipoh.'adik' aku tersedar dari tido, dan minta hp die.aku pun raba2 poket, tgk2 dah takde.aku cuba carik dekat sekitar seat aku, tapi takde jugak..aku dah mula cemas, die apatah lagi.then, aku pun cuba2 suluh kat bawah seat, kot2 dropped dari poket aku kan, tapi takde gak..ehmm..aku pun try call hp die, tapi rupa2nya dah switch off..jeng..jeng..jeng..aku dah dapat agak, somebody curik hp tu..aku pun ape lagi, try call ayah aku..menggelabah aku call ayah aku..

arm: "abah, r u there? i've got a problem here. 'adik's hp has lost.i thought that the hp dropped from my pocket, and somebody take it"

abah: " dah cek ke keliling seat tu.better check over it again."

arm: " i do.but still takde la bah.arm dah try call, and engaged.they has switch off the phone"

abah: " dah kene curi la tu..bile sedar"

arm: " baru je..leh tak abah datang kat bas, kiter cek sekejap"

abah: " tak boleh lah..not legal.that's a public area.kiter takleh cek sorang2.we're not police"

mase aku tgh bercakap ngan ayah aku, 'adik' aku dah menangis2..sebab phone tu adalah kepunyaan arwah ayah die..aku pun sian gak.puas aku cari.smpi tanye2 orang yg duduk nearby dengan aku..tapi aku hampa.smpi la kiterorang smpi kat medan gopeng(station bus ipoh), aku still mencari bile lampu bas dah switch on.tapi hampa..aku suruh 'adik' aku turun dulu..aku frust sangat2 sebab tak jumpe.sebelum aku turun bas, aku beg dekat pakcik driver tu, tolong cari2kan, kot2 terjumpa mase die kemas2 bas nanti..dan aku tinggalkan phone number aku kat die..huhuhu..nak melangkah keluar dari bas, terasa berat sangat kaki ni..yela, bende tu kat aku, last2 hilang..kalau aku dah sedih, inikan si empunya hp kan..

sesampainya aku di rumah, aku pun membuka bungkusan dunkin donut's yg aku beli..sambil makan2 dengan family members aku.tibe2, phone aku ringing..

pakcik: "halo, assalamualaikum"

arm: "ya, wa'alaikumsalam".

pakcik: " dik, pakcik dah tgk dan kemas2 bas..tak jumpe la hp tu"

arm: "ehmm..takpelah pakcik.takde rezeki la nampaknya..huhu"

nampaknya, phone tu benar2 hilang...dan 'adik' aku tu teramat la sedih.dekat 2 hari die senyap je, bile aku call umah tanye kabar, die asyik mengadu rindu kat hp.

adik: "abg, mama cakap kan, hp tu hilang umpama macam orang tu hilang daripada family kite je".."abg, adik rindu kat hp tu..dah la abah adik dah takde,skang ni, hp abah adik pun dah hilang.."

aku taktau nak cakap camne..sedih gile rasenye bile die cakap camtu..aku tak mampu nak buat ape2 dah..mende dah nak jadi kan..ape yg aku harapkan, semoga pencuri atau sape2 yg amik hp tu akan dikenakan pengajaran yg sewajarnya.huhuhuhu