I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Apr 28, 2008

off to the last paper

and now, i'm off to the end of my final exam for sem 6..sebanyak-banyak halangan yg dihadapi sepanjang 4 paper yang berlalu akan di habiskan untuk sisa-sisa 2 paper pada rabu dan ahad nie...semoga aku dapat menjawab soalan-soalan dengan baik...huhuh

Apr 15, 2008

kekusutan yang menimpa

diriku kusut dek segala permasalahan yang kini melanda diriku. tidak aku mengerti mengapa aku jadi begini.tidak pernah ku rasakan perasaan sebegini rupa. aku, diriku, hanya aku dan Allah yang faham segalanya. aku dapat rasakan sesuatu yang akan berubah di dalam diriku. apakah ia sesuatu kebaikan ataupun keburukan, masih aku tidak fahami..

kadangkala, orang mudah berkata, jangan diikutkan perasaan hati.tapi antara semua-semua benda yang boleh mempengaruhi diri ini hanyalah hatiku sendiri. aku kian terhimpit dek permasalahan yang aku sendiri tidak mengerti malah mengetahui apakah ia sebenarnya. hari-hari aku lalui sepanjang minggu ini memang benar-benar mengganggu benak hatiku. aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri. yang mungkin orang lain tidak memahami di sebalik perkataan itu.. " aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri"... di mana arah tujuku, tidak ku ketemui..dimana arah hidupku, masih samar dalam bayangan diriku..dan dimana cahaya hatiku, masih gelap dirundung masalah..

aku terfikir jua akan kekusutan jiwa yang melanda diriku kini..apakah sesuatu yang besar ataupun hanya sebesar zarah yang tidak mungkin nampak oleh mata kasarku.. setiap detik waktu yang berlalu benar-benar menguji diriku.. dan aku kini pasrah kiranya masalah ini menghantui diriku sampai bila-bila..

mencari arah kehidupan sebenar bukan nya mudah, dan kita harus menghadapi setiap cabaran dan dugaan dengan hati yang terbuka dan sentiasa tabah. namun setiap onak dan duri itu, pasti terpahat beribu kepahitan yang kita sendiri tidak mahu menghadapinya. malah, untuk kita mencari pasangan hidup, yang akan sentiasa mengisi kekosongan hati adalah terlalu sukar.. masakan tidak, jika jiwa sendiri ternoda oleh segala permasalahan, inikan pula mahu menyayangi dan mencintai jiwa dan hati seseorang.. ku cuba menyelami hati seseorang,namun aku kini sedar, yang aku mempunyai kekosongan jiwa, kekosongan yang diibaratkan sebagai sesuatu yang tidak punya apa-apa, sesuatu yang terlalu abstrak untuk dijelaskan dengan kata-kata mahupun penulisan ini...biarkanlah masa sahaja menentu segalanya..aku akan sentiasa menerima dengan segala apa yangberlaku di sekitarku.. tidak akan ku mungkiri janji aku bersama si dia, walaupun telah banyak kekangan yang menimpa diriku...

bersama hati dan perasaan, aku akan terus melangkah mencari arah tuju hidupku, mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna, seperti yang dicita-citakan oleh kedua ibu bapaku..seperti mana mereka mahu aku menjadi seperti yang mereka idamkan..walaupun jiwa memberontak untuk tidak menerimanya, tapi sebagai anak yang seharusnya patuh kepada kehendak ibu bapa, aku pasrah menerima segala amanat dan amanah yang diberikan kepadaku..

walaupun kini aku kian dihimpit kekangan hati dan jiwa terhadap diri sendiri, aku masih berbangga kerana aku masih mampu berdiri di atas kakiku sendiri, di atas pendirianku yang jahil akan kehendak duniawi. dan kini untuk selamanya, aku akan mengatur langkah hidupku agar aku tidak terpesong lagi mengatur hidupku..walaupun lencongan hidupku telah terlalu jauh untuk berpatah balik, tetapi aku tahu, aku di mana, dan bagaimana harus aku mencari jalan pulang ke pangkal jalan...

Apr 9, 2008

T-SHIRT for silver jubilee MRSM terendak

salam to all my friends.. good news to alumni of MRSM Terendak..T-shirt sempena sambutan jubli perak maktab telah tiba, hasil titik peluh our good designer.. sila lihat-lihat di bawah ye..

anda berminat??? sila membuat tempahan menerusi link ini.. http://forum.extdk.net/index.php?topic=1832.msg45080;boardseen#new bersama-samalah kita menjayakan sambutan JUBLI PERAK MRSM TERENDAK ...

perpindahan bilik sempena temuduga intake 2008 UPNM

salam and hallo everybody..today i'm feel so tired..pagi kelas, petang layan ping pong ngan member..ntah berapa banyak set kami main..and malam pulak, i've to push out my whole energy untuk 'clearkan' semua barang-barang dari dalam bilik..mahu tahu sebab apa?? kerana adik-adik aku yang akan menyertai UPNM pada tahun ini akan 'meminjam' bilik kami untuk sesi temuduga mereka..huhuh..batch aku yang paling senior pulak yang kene kosongkan bilik masing-masing..tapi yang junior-junior foundation and 1st year tak kene pun..ape la nasib badan..ini semua kehendak pihak Universiti... apa yang aku kesalkan, benda-benda ni berlaku semasa kami akan menghadapi peperiksaan akhir sem..dah la minggu depan start study week, tapi kene push balik rumah..suruh study kat rumah..kalau dah nama pun duduk rumah, mana la nak study sangat kan..ape-ape hal pun, semangat kene kental beb..kalau tak, macam mane nak harungi dugaan mendatang...nama pun askar, kene lah kuat mental (walaupun mental aku tengah lemah skang ni)...
ni aku attachkan sedikit gambar-gambar yang telah berjaya membuatkan aku mental yang amat untuk mengemaskan barang-barang aku yang teramat lah banyak..



pemandangan bilik aku semasa proses pemindahan


aku kumpulkan semua barang-barang atas katil

set golf, baju dan seluar yang dah bertaburan

pemandangan rumah yang kene detail untuk dijadikan stor

haha..sian budak-budak rumah ni..habis kami kumpulkan barang-barang ke sini..12 buah rumah punye barang, di'compress'kan dalam satu rumah kecuali katil, locker dan study table..
80 % proses perpindahan hampir berjaya..meja komputer masih berselerak

bilik aku siap dikemaskini..tinggal comforter utk tido je..
dan beg balik kampung


blazer, parade jacket, dan uniform tinggal untuk di hantar ke rumah..
takut hilang

dan ini lah hasilnya..locker aku berjaya dikemaskini..hahahhaa


Apr 7, 2008

DINNER FOR SILVER JUBILEE CELEBRATION


IN CONJUNCTION WITH THE CELEBRATION OF SILVER JUBILEE OF MRSM TERENDAK, THERE WILL BE AN EXCLUSIVE DINNER FOR THOSE ALUMNI, TEACHERS, AND STAFF AT MITC, AYER KEROH ON 21st JUNE 2008. EVERYBODY WERE INVITED TO THE DINNER..

FEES FOR THE DINNER AS FOLLOW:
ALUMNI = RM 100 (DINNER + GOODIES + SILVER JUBILEE BOOK)
SPOUSE = RM 70 (DINNER ONLY, NO GOODIES AND SILVER JUBILEE BOOK)

THE RESERVATION SEAT FOR DINNER WILL BE ENDED BY 10th APRIL 2008.. PLEASE MAKE YOUR CONFIRMATION VIA YOUR EXISTING BATCH REPRESENTATIVE..

FOR BATCH OF SPM 2003, PLEASE MAKE YOUR CONFIRMATION TO ME, SYAIFUL `AMRUN BIN SUHAIMI..KINDLY BANK IN TO MY CIMB ACCOUNT : 14240063114524..
HERE IS THE LIST OF BATCH SPM 2003, WHICH CONFIRMED THEIR PARTICIPATION FOR THE SILVER JUBILEE DINNER...

1- aku (arm) PAID RM 50
2- rozack PAID RM 50
3- wani zainal azman PAID RM 50
4- ojoz (dzammin ambar) PAID RM100
spouse 2 orang PAID RM140
5- nuzul badrol hisham
6- adot (afizi adnan)
7- zaaba
8- farah munji PAID RM 100
9- efel(farhanah liyana) PAID RM 100
10- che mohd taufik PAID RM 100
11- syima PAID RM 100
12- nur hazwani izyan
13- Syahida yahya PAID RM 100
14- siti rosmawati
15- syahir PAID 100
16- huda omar PAID RM 100
17- nizam mazlan PAID RM 100
18- halimatun saadiah PAID RM 100

P/S:
-DAY EVENT ON 21st JUNE WILL NOT BE CHARGED ANYTHING.. YOU ARE REALLY INVITED FOR THE OPENING CEREMONY AT OUR BELOVED SCHOOL..
-NO TRANSPORTATION OR ACCOMMODATION PROVIDED EVEN YOU PAY FOR RM 100..


study week --> final exam --> PRACTICAL

5 mei 2008..tarikh bermulanya latihan industri aku setelah berhempas pulas selama 6 sem.. dan kali ini, ilmu-ilmu yang telah aku pelajari selama ini akan diduga pabila tibanya saat-saat latihan industri a.k.a praktikal..

minggu lepas, aku and the gang sempat keluar pada hujung minggu untuk mencari-cari rumah sewa di sekitar sri damansara, SD 6.. kira-kira pukul 11, kami telah keluar daripada kampus untuk terus bergerak ke rumah rakan kami, fariq, yang terletak di wangsa maju..setelah sampai di wangsa maju, kami pun segera memecut kenderaan datsun (versi lancer) ke UIAM kerana mahu mengambil seorang awek cun kepunyaan rakanku jua, si danial..

started from 1.00 pm, kami mencari2 di sekitar damansara, dari satu flat ke satu flat, namun masih hampa.. dan aku ade menghubungi seorang ajen rumah yang mark up gile2 harga sewa rumah....berikut merupakan perbualan aku bersamanya..

arm: hallo..syaiful speaking here..
apek: ya,ya,ya,...
arm: i saw your advertisement about the house to rent.. my friends and i would like to rent your house..can we??
apek: halo,halo..lu malayu atau cina???
arm: melayu la..why??
apek: tata boleh cakap bahasa malayu kaa???
arm: boleh..ok..camni..sy ade nampak iklan u mau kasi sewa rumah..saya mau sewa..boleh ka??
apek: mana tempat??
arm: flat sri meranti..
apek: owh..sudah habis looo...itu damai punya tempat, ada laa..lu mau kaa??
arm: damai arr..susah maa..saya mau keja dekat sini...berapa lu mau bagi sewa kalau damai?
apek: 6 ratus..no discount..kalau lu tak mau takpa..
arm: haiya..saya belum cakap mau atau tidak..ehmm..takpelah..i'll call you back..

rupa-rupanya, setelah aku tanye-tanye penduduk kat area flat sri meranti atau damai, dorang cakap harga sewanya lebih murah daripada yang apek tu cakap..nasib badan..

kami mencari2 sehingga la ke waktu asar..minyak kete pun dah jatuh separuh..ke sana ke mari kami mencari rumah..dan at last, kami decide utk balik dulu..sebelum balik, singah UIAM jap, anta awek tu, merangkap tukang tangkap gambar kami mase di UIAM..heheh

bersama kete datsun merangkap lancer of the day

Apr 4, 2008

adkh MALAYSIA layak di gelar negara ISLAM?

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan
'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 12:17:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) -
Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna'
telah mengundang kemarahan penduduk dan
umat Islam dunia kerana menghina Islam
dan mencaci al-Quran.

Tanpa kecuali tindakan seorang ahli
politik Belanda, Geert Wilders yang
menghasilkan klip video berkenaan turut
mendapat reaksi daripada rakyat negara
ini namun secara tidak disedari,
Malaysia juga turut 'menghasilkan'
filem-filem yang secara tidak langsung
'mempersendakan' agama dan nilai akhlak
seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan
pelbagai jenis filem Malaysia seperti
Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini
Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan'
fikrah para penonton tentang tafsiran
mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah
secara halus cuba menerapkan unsur-
unsur
nilai terbuka terhadap perbuatan
pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan
takdir atas sesuatu kecelakaan yang
berlaku seolah-olah Tuhan yang
menciptakan manusia bersifat 'kejam'
menetapkan sesuatu yang buruk kepada
seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama
itu adalah kerana para penonton kini
sudah berfikiran terbuka, matang dan
boleh menilai pro dan kontranya namun
apakah hakikatnya filem-filem terbabit
berjaya membina tamadun manusia yang
baik dan memperbaiki gejala keruntuhan
moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis
oleh
Ikhzal Azfarel Ideris ini telah
diwarwarkan bertumpu kepada cerita
berunsur keagamaan namun bagi
pengkritik
filem Faisal Tehrani bahawa filem ini
membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris
faisal dalam blognya sewajarnya diambil
perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai
sesuatu
yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff
terdesak
merangkul Vanidah Imran dari belakang
sambil menjerit: 'I want to make love
with you) setelah tidak dapat
menyetubuhi Mira sekian lama (kerana
Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan
Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira
dan Noni menunjukkan dialog bebal
menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan
yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam
filem ini amat menjengkelkan dan
memualkan seperti cium leher, peluk
rangkul dan belai membelai, tidak dapat
mencerminkan judul Akhirat yang
ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang
manusia, maka manusia itu saya putuskan
adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini
sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala
Oscar kepada filem ini, ataupun
filem-filem lain yang 'mempersendakan'
agama kelak," kata Faisal dalam
blognya.

Seorang penulis dalam laman web mstar
online Wahida Asrani turut merasa tidak
'selesa' ketika menonton filem Akhirat
ini gara-gara beberapa babak panas dan
elemen seks yang ditonjolkan di dalam
filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton
adegan-adegan seperti ini yang sering
disajikan oleh filem-filem luar, tetapi
rasa kurang senang itu timbul kerana
filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini
adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar
kerana kebiadapannya menghina Islam
adalah lebih baik dalam masa sama
rakyat
Malaysia khususnya umat Islam mengambil
masa 'merenung diri' melihat hasil
filem
produk tempatan yang adakalanya dikira
'berbahaya' dari segi mesej dan
mengelirukan para penonton tentang imej
Islam yang sebenar yang sepatutnya
dipandang mulia di mata semua.

*maka azab yang pedih akan menimpa
manusia yang mempersenda-sendakan
agamaNYA..ALLAHU AKBAR!!!



F.I.N.A.L E.X.A.M

pejam celik, pejam celik, aku dah semakin menghampiri final exam aku, sem 6.. started from 22nd of april until 4th of may, aku akan menduduki peperiksaan akhir..aduhai..dah la 2,3 subjek aku takleh nak carry sangat sem nie..teruk la aku final nie..
kat bawah ni senarai subjek-subjek yang aku akan duduki:

1. microprocessor
2. prinsip perhubungan telekomunikasi
3. software engineering
4. network system
5. communication skills
6. basic of electrical engineering (ulang gred)
7. makmal khusus tahun 3

aku memang blur habis dengan subjek microprocessor..taktau la ape nak di jawab bila final nie..maybe my instant effort for incoming study week ni, boleh bantu aku skit2..

to all my friends yang akan duduki final exam, i wish good luck, and all the best...