Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan
'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 12:17:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) -
Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna'
telah mengundang kemarahan penduduk dan
umat Islam dunia kerana menghina Islam
dan mencaci al-Quran.
Tanpa kecuali tindakan seorang ahli
politik Belanda, Geert Wilders yang
menghasilkan klip video berkenaan turut
mendapat reaksi daripada rakyat negara
ini namun secara tidak disedari,
Malaysia juga turut 'menghasilkan'
filem-filem yang secara tidak langsung
'mempersendakan' agama dan nilai akhlak
seorang umat Islam.
Tanpa sebarang bantahan dan halangan
pelbagai jenis filem Malaysia seperti
Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini
Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan'
fikrah para penonton tentang tafsiran
mereka terhadap agama Islam.
Ada antara filem berkenaan seolah-olah
secara halus cuba menerapkan unsur-
unsur
nilai terbuka terhadap perbuatan
pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan
takdir atas sesuatu kecelakaan yang
berlaku seolah-olah Tuhan yang
menciptakan manusia bersifat 'kejam'
menetapkan sesuatu yang buruk kepada
seseorang individu tanpa boleh diubah.
Alasan penerbitan filem-filem seumpama
itu adalah kerana para penonton kini
sudah berfikiran terbuka, matang dan
boleh menilai pro dan kontranya namun
apakah hakikatnya filem-filem terbabit
berjaya membina tamadun manusia yang
baik dan memperbaiki gejala keruntuhan
moral yang semakin rosak?
Filem Akhirat yang skripnya ditulis
oleh
Ikhzal Azfarel Ideris ini telah
diwarwarkan bertumpu kepada cerita
berunsur keagamaan namun bagi
pengkritik
filem Faisal Tehrani bahawa filem ini
membawa kesongsangan beragama.
Aspek-aspek dalam filem yang digaris
faisal dalam blognya sewajarnya diambil
perhatian antaranya:-
1.Menjadikan adegan zina sebagai
sesuatu
yang 'cool' dan kasual.
2.Dalam satu adegan Tony Eusoff
terdesak
merangkul Vanidah Imran dari belakang
sambil menjerit: 'I want to make love
with you) setelah tidak dapat
menyetubuhi Mira sekian lama (kerana
Mira HIV positif).
3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan
Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira
dan Noni menunjukkan dialog bebal
menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan
yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam
filem ini amat menjengkelkan dan
memualkan seperti cium leher, peluk
rangkul dan belai membelai, tidak dapat
mencerminkan judul Akhirat yang
ditatang.
"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang
manusia, maka manusia itu saya putuskan
adalah Abu Jahal.
"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini
sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala
Oscar kepada filem ini, ataupun
filem-filem lain yang 'mempersendakan'
agama kelak," kata Faisal dalam
blognya.
Seorang penulis dalam laman web mstar
online Wahida Asrani turut merasa tidak
'selesa' ketika menonton filem Akhirat
ini gara-gara beberapa babak panas dan
elemen seks yang ditonjolkan di dalam
filem ini.
"Bukan penulis tidak pernah menonton
adegan-adegan seperti ini yang sering
disajikan oleh filem-filem luar, tetapi
rasa kurang senang itu timbul kerana
filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini
adalah filem tempatan," katanya.
Lalu di samping 'mengutuk' filem luar
kerana kebiadapannya menghina Islam
adalah lebih baik dalam masa sama
rakyat
Malaysia khususnya umat Islam mengambil
masa 'merenung diri' melihat hasil
filem
produk tempatan yang adakalanya dikira
'berbahaya' dari segi mesej dan
mengelirukan para penonton tentang imej
Islam yang sebenar yang sepatutnya
dipandang mulia di mata semua.
*maka azab yang pedih akan menimpa
manusia yang mempersenda-sendakan
agamaNYA..ALLAHU AKBAR!!!
mari minum
Apr 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment