I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Apr 15, 2008

kekusutan yang menimpa

diriku kusut dek segala permasalahan yang kini melanda diriku. tidak aku mengerti mengapa aku jadi begini.tidak pernah ku rasakan perasaan sebegini rupa. aku, diriku, hanya aku dan Allah yang faham segalanya. aku dapat rasakan sesuatu yang akan berubah di dalam diriku. apakah ia sesuatu kebaikan ataupun keburukan, masih aku tidak fahami..

kadangkala, orang mudah berkata, jangan diikutkan perasaan hati.tapi antara semua-semua benda yang boleh mempengaruhi diri ini hanyalah hatiku sendiri. aku kian terhimpit dek permasalahan yang aku sendiri tidak mengerti malah mengetahui apakah ia sebenarnya. hari-hari aku lalui sepanjang minggu ini memang benar-benar mengganggu benak hatiku. aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri. yang mungkin orang lain tidak memahami di sebalik perkataan itu.. " aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri"... di mana arah tujuku, tidak ku ketemui..dimana arah hidupku, masih samar dalam bayangan diriku..dan dimana cahaya hatiku, masih gelap dirundung masalah..

aku terfikir jua akan kekusutan jiwa yang melanda diriku kini..apakah sesuatu yang besar ataupun hanya sebesar zarah yang tidak mungkin nampak oleh mata kasarku.. setiap detik waktu yang berlalu benar-benar menguji diriku.. dan aku kini pasrah kiranya masalah ini menghantui diriku sampai bila-bila..

mencari arah kehidupan sebenar bukan nya mudah, dan kita harus menghadapi setiap cabaran dan dugaan dengan hati yang terbuka dan sentiasa tabah. namun setiap onak dan duri itu, pasti terpahat beribu kepahitan yang kita sendiri tidak mahu menghadapinya. malah, untuk kita mencari pasangan hidup, yang akan sentiasa mengisi kekosongan hati adalah terlalu sukar.. masakan tidak, jika jiwa sendiri ternoda oleh segala permasalahan, inikan pula mahu menyayangi dan mencintai jiwa dan hati seseorang.. ku cuba menyelami hati seseorang,namun aku kini sedar, yang aku mempunyai kekosongan jiwa, kekosongan yang diibaratkan sebagai sesuatu yang tidak punya apa-apa, sesuatu yang terlalu abstrak untuk dijelaskan dengan kata-kata mahupun penulisan ini...biarkanlah masa sahaja menentu segalanya..aku akan sentiasa menerima dengan segala apa yangberlaku di sekitarku.. tidak akan ku mungkiri janji aku bersama si dia, walaupun telah banyak kekangan yang menimpa diriku...

bersama hati dan perasaan, aku akan terus melangkah mencari arah tuju hidupku, mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna, seperti yang dicita-citakan oleh kedua ibu bapaku..seperti mana mereka mahu aku menjadi seperti yang mereka idamkan..walaupun jiwa memberontak untuk tidak menerimanya, tapi sebagai anak yang seharusnya patuh kepada kehendak ibu bapa, aku pasrah menerima segala amanat dan amanah yang diberikan kepadaku..

walaupun kini aku kian dihimpit kekangan hati dan jiwa terhadap diri sendiri, aku masih berbangga kerana aku masih mampu berdiri di atas kakiku sendiri, di atas pendirianku yang jahil akan kehendak duniawi. dan kini untuk selamanya, aku akan mengatur langkah hidupku agar aku tidak terpesong lagi mengatur hidupku..walaupun lencongan hidupku telah terlalu jauh untuk berpatah balik, tetapi aku tahu, aku di mana, dan bagaimana harus aku mencari jalan pulang ke pangkal jalan...

2 comments:

sherrina said...

Apabila jiwa terasa kacau, mengadulah pada Tuhan :)

ArMs' said...

thanks kak sherry..4 d advice