malam tadi, tepat pukul 12.01 tengah malam, harga minyak di semua stesen minyak seluruh negara telah dinaikkan.ini berikutan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak mengikut harga pasaran semasa, tetapi di beri diskaun sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang diisi kedalam tangki minyak kenderaan masing-masing..
sebagai penggunaan kenderaan, saya berasa dukacita di atas kenaikan yang mendadak, namun apakan daya, ini semua mungkin.....mungkin untuk kepentingan semua pihak.. memandu kereta nasional dengan kapasiti enjin 1600cc, ternyata keputusan kerajaan yang terlalu mengejut ini membuatkan aku terpaku sebentar.. peristiwa berbaris panjang untuk mengisi minyak bagaikan satu pesta jualan murah..beratus-ratus kenderaan beratur untuk mengisi minyak pada harga RM1.92/liter berbanding sekarang RM2.70/liter bagi petrol, dan banyak juga yang terlepas peluang apabila waktu menghampiri 12.00 tengah malam. tetapi saya masih berjaya mengisi minyak "full tank" walaupun telah singgah hampir 3 petrol station Shell di sekitar bandar sri damansara ini gara-gara mengelak berbaris panjang untuk mengisi minyak...
lagi berita yang sempat di baca membuatkan saya terpana untuk pulang ke kampung. petikan daripada utusan malaysia yang di baca pada pagi ini. dan selaras dengan kenaikan harga minyak ini, berkemungkinan harga tiket bas ekspress pun akan naik. so, nak balik ipoh naik ape ni ye?? naik keretapi la jawabnya.
0 comments:
Post a Comment