I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Jun 9, 2008

Kapten Shahrizal ditemui mati selepas seminggu hilang

sumber utusan malaysia

IPOH 8 Jun - Selepas seminggu dilaporkan hilang ketika menjalani latihan ketenteraan di Hutan Simpan Belum, Banding, Kapten Shahrizal Abd. Latiff, 23, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat tentera petang ini.
Mayatnya ditemui di kawasan berhampiran Sungai Kejar di hutan tersebut pada kira-kira pukul 4.30 petang ini dan mayatnya mungkin hanya dapat dikeluarkan dari hutan itu lewat malam ini.
Bapa saudara mangsa, Mohd. Nordin Ahmad Bakri, 50, berkata, berita menyedihkan itu telah disahkan oleh salah seorang abang kandung Shahrizal.
"Salah seorang abang Shahrizal telah beritahu saya tentang berita kematian itu menerusi satu panggilan telefon tadi.
"Saya juga diberitahu abang sulung dan ibu Shahrizal kini dalam keadaan sugul apabila mendapat berita sedih ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Keluarga Shahrizal sebelum ini dilaporkan bimbang apabila menerima berita kehilangan pegawai tentera tersebut di Hutan Simpan Belum, kira-kira 200 kilometer dari sini.
Mangsa yang bertugas di Batalion 23 Rejiman Guar Permai Tambun dan berasal dari Bahau, Negeri Sembilan ditugaskan mengetuai satu platun bagi menjalani satu latihan ketenteraan di hutan tersebut sejak 1 Jun lalu.
Bagaimanapun, pada keesokan harinya keluarga mangsa di Negeri Sembilan telah dimaklumkan mengenai kehilangan Shahrizal oleh pihak tentera.
Berikutan itu, keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
Shahrizal baru menamatkan pengajian di Akademi Tentera Malaysia (Atma) kira-kira setahun lalu dan dihantar ke Kem Guar Permai, Tambun dan berkhidmat di Pasukan 23 RAMD.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
Beliau juga belum mendapat laporan punca kematian mangsa dan menunggu hasil bedah siasat Hospital Gerik.


GUGURNYA SEORANG LAGI WIRA NEGARA SEWAKTU DI MEDAN LATIHAN..SAYA DOAKAN SEMOGA TUAN BERADA DI DALAM GOLONGAN YANG DIRAHMATI ALLAH...

2 comments:

Unknown said...

Terima Kasih saudara...

Daripada Saudara kepada Allahyarham Kapten Rizal.

Anonymous said...

al-fatihah daripada ex-classmate ali (rizal) - 3 years