I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Oct 28, 2007

- Kesusutan Yang Tiada Hentinya -

" Kekusutan di dalam diri membuat kita lemah untuk menghadapi diri sendiri dan orang lain, yang akhirnya menghancurkan harapan dan impian yang dibina"

kelemahan yang ada pada diriku memang sukar untuk ditangani.semakin hari, aku terasa bagaikan diriku terasa lemah untuk menghadapi masa hadapan. pelbagai rintangan dan dugaan yang melanda jiwa telah membuatkan aku lupa akan hakikat sebenar kejadian ku.

kini, sudah hampir sekian lamanya, aku mengimpikan suatu kebahagiaan dalam diriku.kebahagiaan yang ada pada diriku tiada tolok bandingnya. namun, kadang-kalanya kebahagiaan itu rosak dan punah bak omba
k tsunami yang menghempas pantai. aku bagaikan kabur dengan bayangan diri sendiri, yang sentiasa mencari kesempurnaan dalam hidup.




aku kusut dengan pelbagai masalah yang menimpa diri, walhal, ianya tidaklah sebesar mana.kalau diukur dengan pelbagai masalah di dunia ini, mungkin masalah ku ini hanyalah sebesar zarah.aku pasrah dengan apa yang berlaku di sekitar ku.tidak mampu untuk aku mengubahnya dalam sekelip mata.

orang hanya pandai berkata-kata, tetapi kita harus juga pandai untuk menilai setiap tutur kata mereka.aku sering mengendahkan apa orang kata, dan sentiasa memegang teguh dengan pendirian aku sendiri.

aku hanya punya masa yang singkat untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi segala masalah yang membelenggu diri.tatkala 'dia' bergembira dengan hidupnya, aku masih bergelut untuk mencari hala tujuku. setiap apa yang aku buat untuk si 'dia' harus ku perhalusi dahulu, sebelum ku laksanakan.sedikit tersalah langkah, bergelok lah hubungan aku dengan si 'dia'.aku yakin suatu hari nanti, akan ade sinar bahagia yang membolehkan aku dan si'dia' untuk bersama-sama mengecapi masa depan yang cerah.....

4 comments:

amaleenamalek said...

uish..such a sastera words. nghee. mcm patah hati ade.. mcm kusut ade.. hihi! hey dude! be happy! enjoy ur life to the fullest! life is just like the ferris wheel. kdg2 kite berada di bwh, kdg2 kite berada di ats.. that's wut we called life! be strong! chaiyuk2! ;p

ArMs' said...

ehmm.anyway, tade ape2 yg besar pun..hal kecik je.cuma nak merintih kat my blog nie..huhu..i should be strong..what a long journey to go..

Lady Huyam said...

yeah..u shud be strong...
well, ingat lagi kat i??ashley terendak, one of ur junior?? sj visit ur blog..

ArMs' said...

owh, ashley yar..kenal2..skang study kat mane??anyway,thanks 4 d advice