I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Oct 24, 2007

male pregnancy...

aku baru je bace blog dari vangardx pasal male pregnancy.bunyi cam pelik je kan, tapi jangan khuatir, sumenye pasal faktor pemakanan orang-orang laki.tapi dari post die tu, kirenye die tunjuk makan banyak2 kat Seoul Bulgogi Korean Restaurant, Kerinchi, sempena majlis berbuka puasa.

anyway, kali ini aku cuba nak kupas pasal orang-orang laki yang perut buncit ni kan(aku pun sama sebenarnya).kalau diikutkan, orang laki ni memang kuat makan pun kan.terutama kepada mereka-mereka yang telah berkahwin.mana tidaknya,masakan isteri konfem sedap-sedapnya.kalau tak sedap pun, leh jadi sedap bukan. bila orang laki ni makan, dorang mesti nak makan benda-benda yang menjadi feveret dorang.jadi untuk mencuba masakan-masakan baru.bila dah dapat makanan feveret, apa lagi, lenjan la sampai habis.kene kat restoran ke, mahu sampai 2-3 pinggan.

fenomena orang laki makan banyak ni memang la tak pelik.sebab kiter sendiri leh tengok kat gerai-gerai makan, restoran-restoran, memang banyak didatangi oleh kaum adam, berbanding kaum hawa.terutama sekali pada waktu malam.waktu malam la paling syok makan.aku teringat satu malam tu aku lepak-lepak dengan kawan aku kat laman midah, kat gerai abg din.start dari pukul 8.30 malam, sampai la pukul 12 lebih, baru kami balik.pinggan makan jangan cakap la banyaknye, dan air-air yang di'order' teramatlah banyak.sampai orang gerai tu pun pelik tengok kami makan.sambil-sambil makan tu, kami pun bantai bersembang.ntah ape-ape topik la dibualkan.

nak dijadikan cerita, ade la anak-anak dara merangkap awek-awek cun makan kat meja sebelah kami masa tu.dorang memang pelik tengok kami makan(agaknya lah).mana taknya, sebab tengah makan pun leh sembang, pastu gelak berdekah-dekah..aku yang tengah isap rokok pun leh terbahak-bahak dengan perbualan member-member aku tu. then, lepas awek-awek tu belah je, datang lagi satu group awek yang kureng cun.dorang pun buat muka pelik gak tengok kami..hehe..

as conclusion, aku memang akui la orang laki ni memang kuat makan.dan tak salah kalau ade statement male pregnancy kan..hehe

7 comments:

Anonymous said...

kalo ade gambar awek2 kt situ lagi cun bro!!

Anonymous said...

Aku rasa mungkin jin suka lepak perut laki-laki kot. Sebab tu makan lebih sikit. Satu untuk makan diri sendiri, satu lagi untuk jin tu. Bila jin tu dah kenyang, dia kasi berak sama kita punya perut. Sebab tu bengkak semacam je....he..he...

ArMs' said...

gmbr awek2 tu tak sempat nak amik la..lagipun, dengan hp nokia 5300 aku ni, mungkin tak mampu nak tangkap gmbr yg elok waktu malam..pasal jin tu, no komen la bro..hehe

aria ayumi said...

segala penyakit bermula dari perut. nak jaga kesihatan, jagalah perut. huhu.

ArMs' said...

segalanya bermula dari perut?? betul jugak tu kan.

Anonymous said...

huhu..tetiba ada pingback ke blog aku..ade entry pasal male pregnancy jgk rupanya..huhu..yg kat souel bugogy tu baru 3bulan..masa praktikal aku ngandung 6bulan tau..haha

ArMs' said...

haha..syok tgk post ko tu..aku kasi feedback la pulak kan..ehmm..alah, 6 bulan tu kire orait gak arr..yang aku ni, dah brape bulan ntah..asyik mengembang je..lagi2 lepas habis raya nie..