sedar atau tidak, sudah 5 hari kiter berpuasa di bulan ramadhan pada tahun ini..sudah semestinya bermacam-macam rintangan sudah kita hadapi sepanjang 5 hari berpuasa ni..manakan tidak, selama hampir 11 bulan kita sibuk mem'busung' kan perut dengan makanan dan minuman, tidak kira siang ataupun malam, kali ini, pada bulan yang mulia ini, kita perlu menahan segala nafsu serakah kita ini..
makan dan minum diharamkan sewaktu berpuasa di siang hari.tidak dilupakan juga kepada beberapa perkara yang terlarang, yang telah digariskan oleh agama kita sewaktu menunaikan ibadah puasa ini..
kepada golongan kaum adam, janganlah mencari 'excuse' anda untuk tidak berpuasa..jangan lah mencari alasan seperti kaum hawa(mereka tidak berpuasa sebenarnya mempunyai alasan yang kukuh). Yang penting, niat kita mesti ikhlas, menjalani ibadah puasa ini sebagai satu ibadah kita kepada Tuhan kita..
kadangkala, terdetik juga di hati, kenapa masih ada manusia-manusia yang masih berdegil untuk berpuasa,walhal, ibadah ini merupakan salah satu daripada rukun Islam kita..tidak salah jika saya katakan bahawa mereka yang sengaja meninggalkan ibadah puasa ini(tanpa alasan yang munasabah) sebenarnya terdiri daripada golongan yang jahil akan keperibadian agama Islam itu sendiri..
jadi, renungkanlah, apa salahnya kita berpuasa, mengingat penderitaan umat manusia yang masih ketandusan makanan dan minuman, golongan manusia yang masih berada di dalam kelompok miskin dan papa kedana..kepada yang kaya-raya, hulurkanlah bantuan kepada golongan yang memerlukan..tak perlulah berbelanja berlebih-lebihan berbuka puasa di tempat-tempat yang eksklusif..
apa yang penting, jangan lupa bayar zakat fitrah..ingat ye, bayar lah zakat fitrah tersebut...
0 comments:
Post a Comment