I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Sep 19, 2007

Sebab tiada bonus

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mengumumkan bonus ketika pembentangan Bajet 2008 kelmarin kerana mahu memastikan dana digunakan sepenuhnya untuk faedah rakyat terutama dalam menangani isu sosioekonomi.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan mempunyai dana yang terhad dan perlu diagihkan untuk projek yang memberi impak maksimum kepada rakyat seperti projek di pedalaman, membekalkan air ke kampung atau menangani kadar kemiskinan bandar.

Katanya, tanpa bonus, kakitangan awam masih mendapat habuan berdasarkan pengiraan kadar kenaikan gaji bagi tempoh enam bulan mulai 1 Julai lalu, menyamai dua hingga empat bulan bonus.

"Mereka yang mendakwa Bajet 2008 sebagai bajet pilihan raya tentu terkejut dan bertanya mengapa kerajaan tidak umumkan bonus.

"Ini adalah kerajaan bertanggungjawab dan kadar dana yang kita miliki terhad. Ini bukan isu beri bonus atau tidak (kepada kakitangan awam), ia sebenarnya bagaimana menggunakan dana untuk faedah maksimum negara," katanya pada sidang akhbar khas selepas pembentangan Bajet 2008 kepada media tempatan di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Bajet 2008 yang antara lain menetapkan pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah, selain memperluaskan skim pinjaman buku teks.

Nor Mohamed berkata, penjawat awam sentiasa dekat dalam hati kerajaan malah sumbangan mereka dihargai dengan pengumuman kenaikan gaji 1 Julai lalu.

"Jika diambil kira kadar kenaikan gaji sejak bulan lalu hingga akhir tahun ini, kumpulan berpendapatan rendah menerima kenaikan hampir empat bulan bonus dan ramai yang lain (dalam kumpulan lain) mendapat kenaikan umpama dua bulan bonus," katanya.

Dipetik daripada Berita Harian.

0 comments: