I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Sep 20, 2007

Nurin Jazlin?? Cite Terbaru

Polis cadang ibu bapa Nurin buat ujian DNA semula

SHAH ALAM 20 Sept — Polis akan mencadangkan kepada ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, untuk menjalani ujian DNA kedua setelah mereka enggan mengakui yang mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Utama pada Isnin lepas adalah anak mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata ibu bapa kanak-kanak itu, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35, telah mengesahkan bahawa mayat kanak-kanak perempuan tersebut bukan anak mereka walaupun keputusan ujian darah dan DNA menunjukkan mayat kanak-kanak itu mempunyai hubungan dengan mereka.

“Kita telah pun menjemput ibu bapa mangsa tengah hari tadi untuk membuat pengecaman semula ke atas mayat dan mereka mengesahkan itu bukan mayat anak mereka. Jadi kita akan cadangkan untuk membuat ujian DNA sekali lagi nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Isnin lepas, mayat budak perempuan tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, lepas dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Khalid berkata sampel darah kakak Nurin Jazlin juga akan diambil untuk tujuan ujian semula DNA.

“Mungkin kita akan memanggil saudara lain yang mempunyai kaitan dengan Nurin Jazlin juga untuk membuat pengecaman semula terhadap mayat kanak-kanak tersebut,” katanya.

Beliau berkata rekod pergigian juga akan dirujuk.

Ditanya sebab ibu bapa Nurin Jazlin enggan mengesahkan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu walaupun setelah ujian DNA membuktikannya, Khalid berkata: “Susah juga nak cakap...mungkin sebagai ibu bapa ini adalah satu situasi yang sukar untuk diterima”.

Khalid berkata polis juga akan mendapatkan penjelasan daripada doktor kenapa kanak-kanak perempuan itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada lengannya.

Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.-Bernama

0 comments: