I made this widget at MyFlashFetish.com.

mari minum

mari minum

Jun 25, 2008

suddenly missing them lol...

i'm still in maktab teknik PDRM bakri muar..teach some police personnel how to use windows vista,and microsoft office 2007. it's now time to lunch, and after taking my meal,i' going back to computer lab..



check my email, my friendster account, search for my friend's profile..and i viewing the silver jubilee celebration's photos..



OMG..i missing my friends too much..suddenly my heart beating slowly, i keep myself in a calm mode.. how do face this feeling.. for about 4 years after leaving my secondary school in MRSM Terendak, i found that they're my best friends... no other moments could be the sweetiest one compared to the school or hostel's life..the school's moment...arghh...i miss them....maybe, i should organise some other gathering in future..




Jun 24, 2008

halo there

sorry for a long time i'm not updated my blog.. actually, i'm off to Muar now, for some training at Maktab Teknik PDRM, bakri, muar...(i've to assist my engineer to teach students(police personnel) from terengganu to learn about windows vista and office 2007)

ehmm.last weekend i went to silver jubilee celebration for my school, MRSM Terendak..got a few photo's to share..but i need time to upload since i have to go outstation until this friday..

for those who is waiting for the pic's, i hope that i can fulfil your wish by next week..

last but not least, i am so enjoying my last weekend with my old schoolmates...you guys are still rock.. words from my friends.. " friends till the end of the life"

Jun 17, 2008

TIRED..

At 6.30 AM, follow my officemates and go to the Ministry Of Transport, Putrajaya.. to configure and setup their new notebook. Breakfast, "nasi lemak RM 1" and teh tarik RM 1 too..so cheap..haha..

at 2.00 pm, we going back to sri damansara..avoid heavy traffic jam at LDP. then i rush to Ampang for a little discussion with my golfing advisor. back home(sri damansara) at 5.15pm.. caught in traffic jam at MRR2..waaaaaaaaaaa.....

safely arrived at home by 6.30pm.. tired..hungry...what i am going to do tonight?? tomorrow morning, send my car for service at Mutiara Damansara, and heading to Putrajaya again with my teammates.

Photobucket

my dear car, i'll send you to "car's doctor" and they will examine and fix your problem okay.. and they will do some good service on you.. be my good ride ok..


Photobucket

haha..sempat lagi aku menempek gmbr2 sticker yg ade kat my car..

TENTATIF LENGKAP SAMBUTAN JUBLI PERAK MRSTM TERENDAK

JUMAAT (20/6/2008)

Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Surau MRSM Terendak. Semua AJK diwajibkan hadir dan alumni dijemput menyertai.

7pm: Berkumpul di surau
Solat Maghrib berjemaah
Tahlil
Solat Isya' berjemaah
9pm: Jamuan

Kod pakaian: Lelaki (baju melayu penuh, sampin dan songkok/jubah) & Perempuan (baju kurung/jubah)

SABTU (21/6/2008)

8.00am: semua AJK berkumpul di court futsal
semua alumni diminta mendaftar di court futsal
8.30am: semua AJK (kecuali Presiden, Timbalan Presiden dan AJK yg terlibat dengan pendaftaran) dan alumni yg hadir duduk di dewan menunggu majlis bermula
9.15am: Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.30am: Ketibaan Timbalan Menteri Pertahanan
Perbarisan hormat oleh ahli PKBM diiringi pasukan Tambo
10.00am: VVIP diiringi masuk ke Dewan Budiman dengan paluan kompang
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu MRSM
Bacaan doa
Ucapan Tuan Pengetua
Ucapan Ketua Cawangan Ansara Terendak
Ucapan Timbalan Menteri Pertahanan
Pelancaran majalah Jubli Perak
Penyampaian cenderahati
Persembahan pelajar dan Montaj
Perasmian Monumen 25 Tahun MRSM Terendak
Sesi bergambar
Lawatan ke Galeri Terendak
Sesi sidang media

12.30pm: Jamuan makan tengahari VVIP di PSP
Jamuan makan tengahari alumni, guru, bekas guru dan keluarga di stor pusat

3.00pm: Majlis tamat

Maklumat Penting:

Kod pakaian bagi acara perasmian:
AJK: Baju seragam AJK & seluar slack hitam/blue black, wanita: skirt labuh/kain/seluar hitam atau blue black
Alumni: Pakaian smart casual. Tidak dibenarkan jean, t-shirt, selipar.

Pengangkutan:
Semua hadirin dikehendaki masuk melalui pintu utama Kem Terendak (melalui Sg Udang) dan meletakkan kereta di perkarangan Masjid Syuhadah. Sila patuhi arahan papantanda dan MP yang bertugas. Khemah menunggu disediakan dan bas maktab akan menjemput hadirin ke maktab bermula jam 8 pagi. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit sehingga jam 12 tengahari.

Jadual perjalanan shuttle bus dari maktab ke perkarangan masjid Syuhada bermula jam 1.30pm sehingga 3.00pm dengan kekerapan setiap setengah jam. Bagi yang hadir selepas jam 12 petang dan pulang selepas jam 3 petang perlu berjalan kaki ke maktab atau balik ke masjid Syuhada.

Semua tetamu ke MRSM Terendak tanpa pelekat khas tidak dibenarkan membawa kereta masuk ke kawasan maktab mahupun meninggalkan IC di pos pengawal kem. Hanya boleh diletakkan di perkarangan masjid dan menaiki shuttle bus yang disediakan. Ini utk mengelakkan kesesakan didalam kawasan maktab.

Pendaftaran
Semua alumni yang hadir diminta ke gelanggang futsal sebaik sahaja turun dari bas maktab. Pendaftaran Jubli diadakan disana begitu juga bagi yang ingin mendaftar menjadi ahli Ansara, membeli seat dinner serta mengambil order t-shirt, sticker dan jualan merchandise yg lain. Bagi yang hadir sebelum 8.30pagi, boleh duduk didalam Dewan Budiman dan mengikuti majlis perasmian. Bagii yang datang selepas 8.30 pagi, diminta melalui kawasan Wisma Pelajar seterusnya ke Balai Pelajar selepas selesai pendaftaran di futsal court.


MAJLIS MAKAN MALAM JUBLI PERAK ANJURAN ANSARA TERENDAK

7.00pm: Pendaftaran alumni, bekas guru dan bekas guru di MITC Ayer Keroh, Melaka di tingkat 3. Live telecast kehadiran tetamu dan acara 'red carpet' guru dan bekas guru.
7.55pm: Tetamu masuk ke dewan
8.00pm: Ketibaan tetamu VIP
8.05pm: Acara dimulakan. Bacaan doa dan opening montaj
Aluan oleh Ketua Cawangan Ansara Terendak
Ucapan oleh wakil bekas pelajar MRSM Terendak
Ucapan Pengetua pertama MRSM Terendak
Ucapan Pengetua MRSM Terendak
8.30pm: Persembahan makanan oleh MITC
Montaj KLMJ
KLMJ music medley
8.45pm: Cabutan bertuah
Montaj ucapan pelajar dari luar negara
Persembahan 1
Persembahan nasyid MRSM Terendak
Montaj
Persembahan 2
10.30pm: Penghargaan dan Pelancaran
11.00pm: Penutup majlis


Maklumat Penting:

Kod Pakaian:
Formal atau smart casual. Jean, t-shirt dan selipar tidak dibenarkan. Tema: Silver

Pendaftaran
Kaunter dibuka seawal jam 7pm. Sila ikuti signage dan arahan petugas. Kaunter pendaftaran alumni, kaunter pendaftaran guru dan kaunter merchandise (bagi yg order t-shirt, majalah dan membeli merchandise). Goodie bag akan diberi selepas anda mendaftar. Pastikan nama anda sudah didaftarkan oleh wakil batch anda utk mengelakkan masalah timbul.

Tempat Letak Kereta
Tempat letak kereta banyak disediakan di MITC. Ianya percuma.

AHAD (22/6/2008)

8.00 am: Berkumpul di padang maktab dengan pakaian sukan
8.15 am: Taklimat
Acara telematch bermula
Water balloon pass for kids
Acid lake for adults (10 org/team)
Water basketball for kids
Water balloon pass for adults (10 org/team)
10.30 am: Tea break
10.45 am: Radioactive waste for adults (8 org/team)
Cari gula-gula for young kids below 7 years old
11.00 am: Pertandingan tarik tali 4 pasukan (1 pasukan 10 org)
11.30 am: Penyampaian hadiah.

2.00 pm: Pertandingan Futsal Ansara Terendak vs MRSM Terendak
4.00 pm: Pertandingan Ragbi Ansara Terendak vs MRSM Terendak




Maklumat Penting:

Kod Pakaian:
Pakai pakaian yang sesuai. Bagi kanak-kanak, bawa pakaian extra kerana ada permainan air.

Pengangkutan
Semua alumni dan bekas guru diminta mengambil pas di pos pengawal kem. Kereta boleh dibawa masuk ke maktab. Patuhi arahan lalu lintas dan letak kenderaan dengan berhemah.

Makanan
Makanan pagi tidak disediakan tetapi jualan makanan dibuka oleh pelajar MRSM Terendak

Sebarang pertanyaan boleh diajukan disini atau hubungi AJK:

Sherrina: 013-384 3484
Iskandar Syahril: 019-558 0515
Mantoi: 016- 280 5025
Johoe: 012-6075 479

JUMPA DI SANA....... MAJLIS JUBLI PERAK MRSM TERENDAK!!!!

Jun 14, 2008

SILVER JUBILEE CELEBRATION

SPECIAL DEDICATED TO ALL MARA JUNIOR SCIENCE COLLEGE (MJSC TERENDAK) ALUMNI, TEACHERS & EX-TEACHERS, AND STAFFS..

THE SILVER JUBILEE CELEBRATION IS AROUND THE CORNER..3 DAYS EVENT WILL BE ORGANIZED BY OUR COMMITTEE (ALUMNI AND CURRENT TEACHER).. COME AND JOIN THE REST...

DAY 1: 20th JUNE 2008

EVENT: 'TAHLIL'
TIME: 1900H
VENUE: SURAU AL-ISYRAQ MJSC TERENDAK

DAY 2: 21st JUNE 2008

EVENT: SILVER JUBILEE OPENING CEREMONY
TIME: 0800H
VENUE: BUDIMAN HALL MJSC TERENDAK

EVENT: SILVER JUBILEE GRAND DINNER
TIME: 2000H
VENUE: MITC, AYER KEROH
DRESS CODE: NO SANDALS AND JEANS
THEME: SILVER

DAY 3: 22nd JUNE 2008

EVENT: CAREER TALK TO CURRENT STUDENT + FRIENDLY GAMES
TIME: 0800H
VENUE: MJSC TERENDAK

tapak raksasa


TAPAK raksasa yang ditemui di Daro, Sarawak kelmarin. Penyodok di sebelah adalah sebagai perbandingan dengan saiz tapak itu.


SIBU – Penduduk sebuah kampung di Daro dekat Mukah di sini gempar dengan penemuan kesan satu tapak kaki didakwa milik raksasa berhampiran satu dusun pada Isnin lepas.

Akhbar The Borneo Post semalam memetik ahli perniagaan tempatan, Tan Soon Kuang, sebagai berkata, bahawa beliau melihat kesan tapak kaki itu yang berukuran 1.1 meter panjang dan setengah meter lebar.

“Ia begitu besar berbanding manusia biasa, saya melihat orang kampung menunjukkan pelbagai reaksi, ada yang takut dan sebaliknya,” katanya.

Beberapa penduduk kampung giat membersihkan laluan pejalan kaki yang menuju ke kawasan kesan tapak kaki itu kerana menjangka kawasan itu akan menjadi tumpuan pelawat hujung minggu ini.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia juga pernah melihat kesan tapak kaki itu tetapi sukar untuk membuktikan kesahihannya kerana tiada kajian saintifik mengenainya.

Menurutnya, pada masa dahulu tempat itu pernah digunakan oleh individu tertentu sebagai tempat pertapaan atau untuk upacara keagamaan.

Pegawai tentera meninggal dunia


KELUARGA Allahyarham Hisyamudin menuntut jenazahnya di HKL untuk dikebumikan
di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih, Gombak semalam.

KUALA LUMPUR - Pegawai tentera, Kapten Hisyamudin Sahidan, 26, yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak Ahad lalu meninggal dunia pagi semalam.

Mangsa yang melecur sehingga 80 peratus selepas kereta miliknya terbakar di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang, Ahad lalu disahkan meninggal dunia pukul 6.20 pagi.

Jenazah mangsa dituntut oleh ahli keluarga mangsa sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih di Gombak dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, kedua ibu bapa mangsa tidak mahu ditemu ramah kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa Hisyamudin yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu.

Turut berada di bilik mayat tersebut ialah teman wanita mangsa, Fatimah Husairi, 21, yang turut enggan ditemu ramah.


KERATAN Kosmo! 10 Jun.


Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang bertugas di Pusat Latihan Armor (PULAMOR), Port Dickson melecur hampir 80 peratus dari kepala hingga paras lutut selepas kereta Satria Neo miliknya terbakar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnaen Abd. Rahman berkata, siasatan setakat ini mendapati kejadian tersebut tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Jun 11, 2008

testing2

Undergoing MyBlogLog Verification

MELAYU babi betul..



guys, i am almost forget to tell you about this matter.. this is what i never expected happen to such a beautiful place likes "pantai puteri", Melaka.




i was just walking along the beach with my friends and suddenly saw this kind of 'tulisan pantai'. the word is so large, and can be seen for almost 20 metres from the beach. ehm...what happen to all people right now..who's writing this kind of word actually?? argh..so stupid man...




i don't ever care who is the stupidest people write something on the beach sand, but the word is so.....i am malay, and why can't i being angry right??




Jun 10, 2008

when i'm getting bored..


when i'm getting bored in office..on my first week of internship training..

latest activity for extdk alumni

there is some outdoor activity which will be organise by our alumni people..

1. Bowling extdk

Date: 15 Jun 2008 (AHAD)
Time: 8.00 malam (sila berkumpul tepat pada masanya)
Venue: ARL Powerbowl Alamanda
Rate : 1 game RM 5.40 (tak termasuk kasut...)
4 lanes has been receive by our organizer, bro kamarul

come and together we play bowling at alamanda putrajaya

2. Badminton
Date: Every monday (8.00pm)
Venue: KLRC, Wangsa Maju

3. Teater Musical P Ramlee
Date: (will confirm later)
Time: (will confirm later)
Venue: Istana Budaya (IB)

Jun 9, 2008

Kapten Shahrizal ditemui mati selepas seminggu hilang

sumber utusan malaysia

IPOH 8 Jun - Selepas seminggu dilaporkan hilang ketika menjalani latihan ketenteraan di Hutan Simpan Belum, Banding, Kapten Shahrizal Abd. Latiff, 23, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat tentera petang ini.
Mayatnya ditemui di kawasan berhampiran Sungai Kejar di hutan tersebut pada kira-kira pukul 4.30 petang ini dan mayatnya mungkin hanya dapat dikeluarkan dari hutan itu lewat malam ini.
Bapa saudara mangsa, Mohd. Nordin Ahmad Bakri, 50, berkata, berita menyedihkan itu telah disahkan oleh salah seorang abang kandung Shahrizal.
"Salah seorang abang Shahrizal telah beritahu saya tentang berita kematian itu menerusi satu panggilan telefon tadi.
"Saya juga diberitahu abang sulung dan ibu Shahrizal kini dalam keadaan sugul apabila mendapat berita sedih ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Keluarga Shahrizal sebelum ini dilaporkan bimbang apabila menerima berita kehilangan pegawai tentera tersebut di Hutan Simpan Belum, kira-kira 200 kilometer dari sini.
Mangsa yang bertugas di Batalion 23 Rejiman Guar Permai Tambun dan berasal dari Bahau, Negeri Sembilan ditugaskan mengetuai satu platun bagi menjalani satu latihan ketenteraan di hutan tersebut sejak 1 Jun lalu.
Bagaimanapun, pada keesokan harinya keluarga mangsa di Negeri Sembilan telah dimaklumkan mengenai kehilangan Shahrizal oleh pihak tentera.
Berikutan itu, keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
Shahrizal baru menamatkan pengajian di Akademi Tentera Malaysia (Atma) kira-kira setahun lalu dan dihantar ke Kem Guar Permai, Tambun dan berkhidmat di Pasukan 23 RAMD.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
Beliau juga belum mendapat laporan punca kematian mangsa dan menunggu hasil bedah siasat Hospital Gerik.


GUGURNYA SEORANG LAGI WIRA NEGARA SEWAKTU DI MEDAN LATIHAN..SAYA DOAKAN SEMOGA TUAN BERADA DI DALAM GOLONGAN YANG DIRAHMATI ALLAH...

Jun 8, 2008

lamborghini on the road

hi guys..

last saturday, on my way to sunway pyramid, i am so excited and impressed when a brand new(i think) lamborghini car with an old registration number AAC 5, drive beside my car.. this so luxurious car has caught my intention.. eventhough there's a long queued of traffic jam, i manage to snap two picture's of that car..nice man..very cool..

Photobucket

Photobucket

i am so proud because this car use my state's registration number, Perak..started with AAC 5..
hope that the driver is among malay's people..

The Historical City Of MELAKA



semalam, tepat pukul 8.15 pagi, aku telah bergerak menuju ke kereta kesayangan aku, dan menghidupkan enjin..menurut artikel yg aku pernah baca, aku praktikkan langkah2 pemanduan kenderaan yang disarankan utk perjalanan ku arini.. selepas beberapa minit, aku memulakan perjalanan dengan singgah sebentar (drive thru) di McD Sri Damansara... beli McEgg Muffin 2 set.meal for the breakfast..

aku pegi mengambil member baikku dulu di old klang road..she ask for what car to drive to malacca,either my car or her..for me, i'm really don't mind b'coz i have to pay for the bloody high price petrol, and she will pay for the toll fees and any entrance fee for any museum or park.. and after a few minutes of discussion, we decided to drive off her car(Myvi 1.3), considering of the fuel consumption compared to my car..huhu..

we started our journey to Melaka at 1000H.. stop at R&R seremban (south) for a late breakfast (that McD breakfast meal) before continue our journey to Melaka.. exit at ayer keroh toll plaza and we drive thru to 'pusat bandaraya'.. while driving the car, i am almost caught in accident when i dreaming of the beautiful scene of "Bandar HIlir"..but God's will..i manage to break, and both of us are save..and no accident happen..

i'm heading to bandar hilir, because there's many memories that remain in my life. there's a very long time since i go and visit the bandar hilir..if 8 years ago, there's a padang pahlawan, in front of the " kota A famosa", but now, the field changed to the one and only (i think) luxurious shopping complex in Melaka.

we park the car for RM2 and go around the banda hilir. at the top of the hill where the old "kota A'famosa", i could see the beautiful scene of kota melaka, the sea..where the portuguese started to attack and conquer the city of Melaka.. and we could see "Menara Taming Sari" which go up and down.so beautiful moment..



















all photo's taken by 3.2 Nokia N 73 ME..and the picture's quality are not humble..hehe..guy's out there, come and visit melaka..the Historical city of Melaka is the state where our country's begin to growth...

Jun 5, 2008

BAGAIMANA NAK KURANGKAN 50% PENGGUNAAN PETROL

"MEMANDU UNTUK BERJIMAT"

Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.
PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT
• Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak.
• Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju... ni CAP yang bagitahu)

ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR
• Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.
PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
• Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis camtu)
• Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.

ELAKKAN MENGGUNAKAN GEAR RENDAH
• Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
• Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata.
• Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit.
• Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera
• Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

CARA MENAIKI BUKIT
• Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak.
• Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit.
• Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.

JAGA TEKANAN TAYAR
• Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek.
• Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.

PILIH JALAN YANG SESUAI
• Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.

Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%.
• Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk.
• Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.

ANGGAR SITUASI PERJALANAN
• Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek.
• Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
• Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.

ELAKKAN MENUNGGU
• Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin.
• Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

ELAKKAN RINTANGAN ANGIN
• Kereta yang dicipta dengan aero din amik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat.
• Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam.
• Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.
Ini adalah tips daripada buku yang saya baca yang saya kira agak praktikal. Saya dah mencuba dan nampak ada kesannya. Mungkin anda boleh cuba dan kongsi kejayaan anda bersama-sama saya...


P/s Pssst... saya ada baca satu tips daripada surat khabar... Ia tulis.. kalau nak kurangkan penggunaan minyak.. selalu-selalu lah langgar lampu merah.. hehe :) .. Bukan saya cakap yer.. surat khabar tuh yang tulis... :)

what a boring day..

do nothing..sit in front of the pc, search for the famously website, and reading online newspaper. and tomorrow is weekend.. what should i do to filling up my leisure time?? shopping?? relaxing at home??

Jun 4, 2008

Harga MInyak Naik??

malam tadi, tepat pukul 12.01 tengah malam, harga minyak di semua stesen minyak seluruh negara telah dinaikkan.ini berikutan keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak mengikut harga pasaran semasa, tetapi di beri diskaun sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang diisi kedalam tangki minyak kenderaan masing-masing..

sebagai penggunaan kenderaan, saya berasa dukacita di atas kenaikan yang mendadak, namun apakan daya, ini semua mungkin.....mungkin untuk kepentingan semua pihak.. memandu kereta nasional dengan kapasiti enjin 1600cc, ternyata keputusan kerajaan yang terlalu mengejut ini membuatkan aku terpaku sebentar.. peristiwa berbaris panjang untuk mengisi minyak bagaikan satu pesta jualan murah..beratus-ratus kenderaan beratur untuk mengisi minyak pada harga RM1.92/liter berbanding sekarang RM2.70/liter bagi petrol, dan banyak juga yang terlepas peluang apabila waktu menghampiri 12.00 tengah malam. tetapi saya masih berjaya mengisi minyak "full tank" walaupun telah singgah hampir 3 petrol station Shell di sekitar bandar sri damansara ini gara-gara mengelak berbaris panjang untuk mengisi minyak...

lagi berita yang sempat di baca membuatkan saya terpana untuk pulang ke kampung. petikan daripada utusan malaysia yang di baca pada pagi ini. dan selaras dengan kenaikan harga minyak ini, berkemungkinan harga tiket bas ekspress pun akan naik. so, nak balik ipoh naik ape ni ye?? naik keretapi la jawabnya.

Petrol naik 78 sen, diesel RM1, elektrik jika lebih RM43

sumber: utusan malaysia 05/06/08

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.
Ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini, beliau berkata, prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia.
Langkah itu yang turut menyaksikan kenaikan harga gas untuk sektor elektrik dan industri, menurut Abdullah, adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar.





Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.
Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).
Abdullah menjelaskan, subsidi bahan api distruktur semula bagi memastikan bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil dan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Subsidi bahan api tetap diberikan kepada rakyat di bawah penstrukturan baru itu, kata Perdana Menteri.



“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual.
“Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen.
“Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.
Diskaun itu, kata beliau, akan diberi secara tetap. Walaupun harga minyak diselaraskan sebulan sekali, kerajaan akan memastikan diskaun 30 sen itu terus diberi, ujarnya.
Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.
Semasa sidang akhbar, Perdana Menteri ditanya kemungkinan kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan itu menyebabkan kerajaan pimpinannya kurang popular di kalangan rakyat.
Abdullah menjawab: “Ini bukan soal untuk popular, ini adalah langkah serius untuk keperluan rakyat. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak tetapi memastikan ‘situasi menang-menang’ untuk semua.''
Menjawab soalan daripada seorang wartawan Indonesia yang mengatakan di negaranya kenaikan harga minyak telah mencetuskan demonstrasi dan bantahan terhadap kerajaan, Perdana Menteri berkata:
“Insya-Allah, saya harap rakyat Malaysia tidak berdemonstrasi sebab apa yang kerajaan putuskan ini adalah yang sebaik-baiknya bagi menangani keadaan yang susah hari ini.
“Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini.''




Abdullah memberitahu, Kabinet yang membincangkan soal kenaikan harga minyak dalam mesyuarat selama empat jam hari ini meneliti satu per satu kesan yang akan timbul daripada keputusan itu.
Sidang akhbar Perdana Menteri hari ini turut disertai anggota-anggota Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsyam A. Aziz.
Turut hadir ialah Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohd. Noh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob.

Jun 3, 2008

dinner for MRSM Terendak silver jubilee celebration

INFO ON 30/5/2008:GOOD NEWS: PERMINTAAN YG SANGAT MENGALAKKAN MAKA BOOKING SEAT DINNER MASIH DIBUKA...BAYAR UNTUK CONFIRM BOOKING. ADDITIONAL 100 SEATS ARE NOW AVAILABLE. CONTACT WAKIL BATCH ATAU SAYA UTK INFO LANJUT

kepada semua wakil batch, sila kemaskini data anda untuk senarai nama yang akan hadir tuk jubli....sekarang kita dah ada jumlah terkini penyertaan n nak nama pulak...sila letak nama kawan2 kita tu yer....nama gelaran dulu pun xper....nanti kita update dari semasa ke semasa.......
SENARAI TETAMU YANG SUDAH BAYAR MENGIKUT BATCH:
Batch 87:-X-TDK: 31 orgSpouse:2 org Total: 33 orang.
Batch 88:-X-TDK: 4 orgSPOUSE: 1 org TOTAL: 5 orang
Batch 89:-X-TDK: 3 orgSPOUSE: 0 org TOTAL: 3 orang
Batch 90:-X-TDK:SPOUSE:TOTAL:
Batch 91:-X-TDK: 8 orgSPOUSE: 1 org TOTAL: 9 orang
Batch 92:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 3 orgTOTAL: 15 orang
Batch 93:-X-TDK: 4 orangSPOUSE: 1 orangTOTAL: 5 orang
Batch 94:-X-TDK: 3SPOUSE: 1TOTAL: 4 orang
Batch 95:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 1 orgTOTAL: 13 orang
Batch 96:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 4 orgTOTAL: 16 orang
Batch 97:-X-TDK: 15 orgSPOUSE: 6 orgTOTAL: 21 orang
Batch 98:-X-TDK: 11 orangSPOUSE: 1TOTAL: 12 orang
Batch 99:-X-TDK: 2 orgSPOUSE: 1 orgTOTAL: 3 orang
Batch 00:-X-TDK: 34 orgSPOUSE: 5 orgTOTAL: 39 orang
Batch 01:-X-TDK: 39 orgSPOUSE: 4 orgTOTAL: 43 orang
Batch 02:-X-TDK:SPOUSE:TOTAL: 40 orang
Batch 03:-X-TDK: 18 orgSPOUSE: 3 orgTOTAL: 21 orang
Batch 04:-X-TDK: 12 orgSPOUSE: 2 orgTOTAL: 14 orang
Batch 05:-X-TDK: 52 orgSPOUSE: 0 orgTOTAL: 52 orang
Batch 06:-X-TDK: 30 orangSPOUSE:TOTAL: 30 orang
Batch 07-X-TDK: 0SPOUSE 0:TOTAL: 0

Total Pembayar RM100/person: 306 orang *lom finalizeTotal Pembayar RM70/person: 37 orang * lom finalizeTotal Seat Dinner Yang Sudah Dijual: 375 seatsBaki Seats Yg Still Available: 126 (can be increase if needed)

internship training

sudah sekian lama rasenye aku tidak menulis di dalam blog aku ni.. memandangkan sibuk dengan final exam yang lalu, dan menjalani latihan praktikal, kini aku baru mendapat sedikit ruang untuk udpate my syaifulnbrothers.blogspot.com ...

aku kini sedang menjalani latihan industri di brilliance information, di bandr sri damansara. company nie agak cool la, dengan riuh rendah staf n budak-budak praktikal kolej komuniti..dorang semua ni memang rock..sempoi habis.

since aku lapor kat company ni on 5th of may, skang ni dah sebulan rupenye aku jalani latihan di sini. banyak jugak yang aku belajar kat sini, daripada kawan-kawan company yang sungguh sporting..paling best and happening aku rase kat company ni bile join main futsal..nowadays, dah main 2 minggu sekali..boleh la..dapat gak kuarkan peluh skit2..

ehmm..ape lagi eik...haha.. and now, aku dah tekad utk update blog ni dari semasa ke semasa memandangkan aku ade masa terluang yang banyak..kalau tak banyak pun, ade la skit2...hehe..



adios..

Apr 28, 2008

off to the last paper

and now, i'm off to the end of my final exam for sem 6..sebanyak-banyak halangan yg dihadapi sepanjang 4 paper yang berlalu akan di habiskan untuk sisa-sisa 2 paper pada rabu dan ahad nie...semoga aku dapat menjawab soalan-soalan dengan baik...huhuh

Apr 15, 2008

kekusutan yang menimpa

diriku kusut dek segala permasalahan yang kini melanda diriku. tidak aku mengerti mengapa aku jadi begini.tidak pernah ku rasakan perasaan sebegini rupa. aku, diriku, hanya aku dan Allah yang faham segalanya. aku dapat rasakan sesuatu yang akan berubah di dalam diriku. apakah ia sesuatu kebaikan ataupun keburukan, masih aku tidak fahami..

kadangkala, orang mudah berkata, jangan diikutkan perasaan hati.tapi antara semua-semua benda yang boleh mempengaruhi diri ini hanyalah hatiku sendiri. aku kian terhimpit dek permasalahan yang aku sendiri tidak mengerti malah mengetahui apakah ia sebenarnya. hari-hari aku lalui sepanjang minggu ini memang benar-benar mengganggu benak hatiku. aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri. yang mungkin orang lain tidak memahami di sebalik perkataan itu.. " aku kian dihimpit kekangan hati dan perasaan terhadap diri sendiri"... di mana arah tujuku, tidak ku ketemui..dimana arah hidupku, masih samar dalam bayangan diriku..dan dimana cahaya hatiku, masih gelap dirundung masalah..

aku terfikir jua akan kekusutan jiwa yang melanda diriku kini..apakah sesuatu yang besar ataupun hanya sebesar zarah yang tidak mungkin nampak oleh mata kasarku.. setiap detik waktu yang berlalu benar-benar menguji diriku.. dan aku kini pasrah kiranya masalah ini menghantui diriku sampai bila-bila..

mencari arah kehidupan sebenar bukan nya mudah, dan kita harus menghadapi setiap cabaran dan dugaan dengan hati yang terbuka dan sentiasa tabah. namun setiap onak dan duri itu, pasti terpahat beribu kepahitan yang kita sendiri tidak mahu menghadapinya. malah, untuk kita mencari pasangan hidup, yang akan sentiasa mengisi kekosongan hati adalah terlalu sukar.. masakan tidak, jika jiwa sendiri ternoda oleh segala permasalahan, inikan pula mahu menyayangi dan mencintai jiwa dan hati seseorang.. ku cuba menyelami hati seseorang,namun aku kini sedar, yang aku mempunyai kekosongan jiwa, kekosongan yang diibaratkan sebagai sesuatu yang tidak punya apa-apa, sesuatu yang terlalu abstrak untuk dijelaskan dengan kata-kata mahupun penulisan ini...biarkanlah masa sahaja menentu segalanya..aku akan sentiasa menerima dengan segala apa yangberlaku di sekitarku.. tidak akan ku mungkiri janji aku bersama si dia, walaupun telah banyak kekangan yang menimpa diriku...

bersama hati dan perasaan, aku akan terus melangkah mencari arah tuju hidupku, mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna, seperti yang dicita-citakan oleh kedua ibu bapaku..seperti mana mereka mahu aku menjadi seperti yang mereka idamkan..walaupun jiwa memberontak untuk tidak menerimanya, tapi sebagai anak yang seharusnya patuh kepada kehendak ibu bapa, aku pasrah menerima segala amanat dan amanah yang diberikan kepadaku..

walaupun kini aku kian dihimpit kekangan hati dan jiwa terhadap diri sendiri, aku masih berbangga kerana aku masih mampu berdiri di atas kakiku sendiri, di atas pendirianku yang jahil akan kehendak duniawi. dan kini untuk selamanya, aku akan mengatur langkah hidupku agar aku tidak terpesong lagi mengatur hidupku..walaupun lencongan hidupku telah terlalu jauh untuk berpatah balik, tetapi aku tahu, aku di mana, dan bagaimana harus aku mencari jalan pulang ke pangkal jalan...

Apr 9, 2008

T-SHIRT for silver jubilee MRSM terendak

salam to all my friends.. good news to alumni of MRSM Terendak..T-shirt sempena sambutan jubli perak maktab telah tiba, hasil titik peluh our good designer.. sila lihat-lihat di bawah ye..

anda berminat??? sila membuat tempahan menerusi link ini.. http://forum.extdk.net/index.php?topic=1832.msg45080;boardseen#new bersama-samalah kita menjayakan sambutan JUBLI PERAK MRSM TERENDAK ...

perpindahan bilik sempena temuduga intake 2008 UPNM

salam and hallo everybody..today i'm feel so tired..pagi kelas, petang layan ping pong ngan member..ntah berapa banyak set kami main..and malam pulak, i've to push out my whole energy untuk 'clearkan' semua barang-barang dari dalam bilik..mahu tahu sebab apa?? kerana adik-adik aku yang akan menyertai UPNM pada tahun ini akan 'meminjam' bilik kami untuk sesi temuduga mereka..huhuh..batch aku yang paling senior pulak yang kene kosongkan bilik masing-masing..tapi yang junior-junior foundation and 1st year tak kene pun..ape la nasib badan..ini semua kehendak pihak Universiti... apa yang aku kesalkan, benda-benda ni berlaku semasa kami akan menghadapi peperiksaan akhir sem..dah la minggu depan start study week, tapi kene push balik rumah..suruh study kat rumah..kalau dah nama pun duduk rumah, mana la nak study sangat kan..ape-ape hal pun, semangat kene kental beb..kalau tak, macam mane nak harungi dugaan mendatang...nama pun askar, kene lah kuat mental (walaupun mental aku tengah lemah skang ni)...
ni aku attachkan sedikit gambar-gambar yang telah berjaya membuatkan aku mental yang amat untuk mengemaskan barang-barang aku yang teramat lah banyak..



pemandangan bilik aku semasa proses pemindahan


aku kumpulkan semua barang-barang atas katil

set golf, baju dan seluar yang dah bertaburan

pemandangan rumah yang kene detail untuk dijadikan stor

haha..sian budak-budak rumah ni..habis kami kumpulkan barang-barang ke sini..12 buah rumah punye barang, di'compress'kan dalam satu rumah kecuali katil, locker dan study table..
80 % proses perpindahan hampir berjaya..meja komputer masih berselerak

bilik aku siap dikemaskini..tinggal comforter utk tido je..
dan beg balik kampung


blazer, parade jacket, dan uniform tinggal untuk di hantar ke rumah..
takut hilang

dan ini lah hasilnya..locker aku berjaya dikemaskini..hahahhaa


Apr 7, 2008

DINNER FOR SILVER JUBILEE CELEBRATION


IN CONJUNCTION WITH THE CELEBRATION OF SILVER JUBILEE OF MRSM TERENDAK, THERE WILL BE AN EXCLUSIVE DINNER FOR THOSE ALUMNI, TEACHERS, AND STAFF AT MITC, AYER KEROH ON 21st JUNE 2008. EVERYBODY WERE INVITED TO THE DINNER..

FEES FOR THE DINNER AS FOLLOW:
ALUMNI = RM 100 (DINNER + GOODIES + SILVER JUBILEE BOOK)
SPOUSE = RM 70 (DINNER ONLY, NO GOODIES AND SILVER JUBILEE BOOK)

THE RESERVATION SEAT FOR DINNER WILL BE ENDED BY 10th APRIL 2008.. PLEASE MAKE YOUR CONFIRMATION VIA YOUR EXISTING BATCH REPRESENTATIVE..

FOR BATCH OF SPM 2003, PLEASE MAKE YOUR CONFIRMATION TO ME, SYAIFUL `AMRUN BIN SUHAIMI..KINDLY BANK IN TO MY CIMB ACCOUNT : 14240063114524..
HERE IS THE LIST OF BATCH SPM 2003, WHICH CONFIRMED THEIR PARTICIPATION FOR THE SILVER JUBILEE DINNER...

1- aku (arm) PAID RM 50
2- rozack PAID RM 50
3- wani zainal azman PAID RM 50
4- ojoz (dzammin ambar) PAID RM100
spouse 2 orang PAID RM140
5- nuzul badrol hisham
6- adot (afizi adnan)
7- zaaba
8- farah munji PAID RM 100
9- efel(farhanah liyana) PAID RM 100
10- che mohd taufik PAID RM 100
11- syima PAID RM 100
12- nur hazwani izyan
13- Syahida yahya PAID RM 100
14- siti rosmawati
15- syahir PAID 100
16- huda omar PAID RM 100
17- nizam mazlan PAID RM 100
18- halimatun saadiah PAID RM 100

P/S:
-DAY EVENT ON 21st JUNE WILL NOT BE CHARGED ANYTHING.. YOU ARE REALLY INVITED FOR THE OPENING CEREMONY AT OUR BELOVED SCHOOL..
-NO TRANSPORTATION OR ACCOMMODATION PROVIDED EVEN YOU PAY FOR RM 100..


study week --> final exam --> PRACTICAL

5 mei 2008..tarikh bermulanya latihan industri aku setelah berhempas pulas selama 6 sem.. dan kali ini, ilmu-ilmu yang telah aku pelajari selama ini akan diduga pabila tibanya saat-saat latihan industri a.k.a praktikal..

minggu lepas, aku and the gang sempat keluar pada hujung minggu untuk mencari-cari rumah sewa di sekitar sri damansara, SD 6.. kira-kira pukul 11, kami telah keluar daripada kampus untuk terus bergerak ke rumah rakan kami, fariq, yang terletak di wangsa maju..setelah sampai di wangsa maju, kami pun segera memecut kenderaan datsun (versi lancer) ke UIAM kerana mahu mengambil seorang awek cun kepunyaan rakanku jua, si danial..

started from 1.00 pm, kami mencari2 di sekitar damansara, dari satu flat ke satu flat, namun masih hampa.. dan aku ade menghubungi seorang ajen rumah yang mark up gile2 harga sewa rumah....berikut merupakan perbualan aku bersamanya..

arm: hallo..syaiful speaking here..
apek: ya,ya,ya,...
arm: i saw your advertisement about the house to rent.. my friends and i would like to rent your house..can we??
apek: halo,halo..lu malayu atau cina???
arm: melayu la..why??
apek: tata boleh cakap bahasa malayu kaa???
arm: boleh..ok..camni..sy ade nampak iklan u mau kasi sewa rumah..saya mau sewa..boleh ka??
apek: mana tempat??
arm: flat sri meranti..
apek: owh..sudah habis looo...itu damai punya tempat, ada laa..lu mau kaa??
arm: damai arr..susah maa..saya mau keja dekat sini...berapa lu mau bagi sewa kalau damai?
apek: 6 ratus..no discount..kalau lu tak mau takpa..
arm: haiya..saya belum cakap mau atau tidak..ehmm..takpelah..i'll call you back..

rupa-rupanya, setelah aku tanye-tanye penduduk kat area flat sri meranti atau damai, dorang cakap harga sewanya lebih murah daripada yang apek tu cakap..nasib badan..

kami mencari2 sehingga la ke waktu asar..minyak kete pun dah jatuh separuh..ke sana ke mari kami mencari rumah..dan at last, kami decide utk balik dulu..sebelum balik, singah UIAM jap, anta awek tu, merangkap tukang tangkap gambar kami mase di UIAM..heheh

bersama kete datsun merangkap lancer of the day

Apr 4, 2008

adkh MALAYSIA layak di gelar negara ISLAM?

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan
'Akhirat' Malaysia ?
Azamin Amin
Wed | Apr 02, 08 | 12:17:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) -
Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna'
telah mengundang kemarahan penduduk dan
umat Islam dunia kerana menghina Islam
dan mencaci al-Quran.

Tanpa kecuali tindakan seorang ahli
politik Belanda, Geert Wilders yang
menghasilkan klip video berkenaan turut
mendapat reaksi daripada rakyat negara
ini namun secara tidak disedari,
Malaysia juga turut 'menghasilkan'
filem-filem yang secara tidak langsung
'mempersendakan' agama dan nilai akhlak
seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan
pelbagai jenis filem Malaysia seperti
Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini
Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan'
fikrah para penonton tentang tafsiran
mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah
secara halus cuba menerapkan unsur-
unsur
nilai terbuka terhadap perbuatan
pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan
takdir atas sesuatu kecelakaan yang
berlaku seolah-olah Tuhan yang
menciptakan manusia bersifat 'kejam'
menetapkan sesuatu yang buruk kepada
seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama
itu adalah kerana para penonton kini
sudah berfikiran terbuka, matang dan
boleh menilai pro dan kontranya namun
apakah hakikatnya filem-filem terbabit
berjaya membina tamadun manusia yang
baik dan memperbaiki gejala keruntuhan
moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis
oleh
Ikhzal Azfarel Ideris ini telah
diwarwarkan bertumpu kepada cerita
berunsur keagamaan namun bagi
pengkritik
filem Faisal Tehrani bahawa filem ini
membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris
faisal dalam blognya sewajarnya diambil
perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai
sesuatu
yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff
terdesak
merangkul Vanidah Imran dari belakang
sambil menjerit: 'I want to make love
with you) setelah tidak dapat
menyetubuhi Mira sekian lama (kerana
Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan
Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira
dan Noni menunjukkan dialog bebal
menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan
yang mereka hadapi

4.Adegan separa seks separa panas dalam
filem ini amat menjengkelkan dan
memualkan seperti cium leher, peluk
rangkul dan belai membelai, tidak dapat
mencerminkan judul Akhirat yang
ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang
manusia, maka manusia itu saya putuskan
adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini
sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala
Oscar kepada filem ini, ataupun
filem-filem lain yang 'mempersendakan'
agama kelak," kata Faisal dalam
blognya.

Seorang penulis dalam laman web mstar
online Wahida Asrani turut merasa tidak
'selesa' ketika menonton filem Akhirat
ini gara-gara beberapa babak panas dan
elemen seks yang ditonjolkan di dalam
filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton
adegan-adegan seperti ini yang sering
disajikan oleh filem-filem luar, tetapi
rasa kurang senang itu timbul kerana
filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini
adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar
kerana kebiadapannya menghina Islam
adalah lebih baik dalam masa sama
rakyat
Malaysia khususnya umat Islam mengambil
masa 'merenung diri' melihat hasil
filem
produk tempatan yang adakalanya dikira
'berbahaya' dari segi mesej dan
mengelirukan para penonton tentang imej
Islam yang sebenar yang sepatutnya
dipandang mulia di mata semua.

*maka azab yang pedih akan menimpa
manusia yang mempersenda-sendakan
agamaNYA..ALLAHU AKBAR!!!



F.I.N.A.L E.X.A.M

pejam celik, pejam celik, aku dah semakin menghampiri final exam aku, sem 6.. started from 22nd of april until 4th of may, aku akan menduduki peperiksaan akhir..aduhai..dah la 2,3 subjek aku takleh nak carry sangat sem nie..teruk la aku final nie..
kat bawah ni senarai subjek-subjek yang aku akan duduki:

1. microprocessor
2. prinsip perhubungan telekomunikasi
3. software engineering
4. network system
5. communication skills
6. basic of electrical engineering (ulang gred)
7. makmal khusus tahun 3

aku memang blur habis dengan subjek microprocessor..taktau la ape nak di jawab bila final nie..maybe my instant effort for incoming study week ni, boleh bantu aku skit2..

to all my friends yang akan duduki final exam, i wish good luck, and all the best...

Mar 17, 2008

diarrhoe..day 5

aku telah mengalami masalah cirit-birit selama 5 hari..dan hari ini, baru la rasa lega sedikit..dua hari aku mc..and dlm dua hari tu jugak aku terpaksa pegi klinik buat check up..
for the first day jumpe doc, kene injection..then semalam, kene masuk air..drip..huhu..susah nye hidup dalam kesakitan ni..sume bende takleh buat...


Mar 10, 2008

kekusutan yang mula menebal

aku semakin kusut dan serabut dengan semester sekarang ni..macam2 tekanan dari lecturer2 yang teramat la disayangi..hukhukhuk...assignment, quiz, test, and ape2 yg menguji minda dan tekanan perasaan mahupun jiwa semakin berlambak2 lately nie..ape yg perlu aku buat?? study la kan..but, kepala dah naik serabut..satu-satu datang...

Mar 4, 2008

new baby girl

tepat jam 3.30 pagi, 4 march 2008, anak buah aku yang kedua dilahirkan..kakak ipar aku telah melahirkan seorang anak perempuan di hospital ipoh..berita ini disampaikan oleh ayahku tersayang pada pukul 6.50 pagi..berikut merupakan dialog aku dgn ayah aku..

arm: halo..assalamualaikum
abah: waalaikumsalam..dah bangun ke??
arm: dah..
abah: so, tgh buat ape tu?
arm: baru lepas solat bah..kenape??
abah: alhamdulillah...takde..abah nah bgtau something ni..now, u got 1 niece and 1 nephew..
arm: hah..yeke..kak long dah bersalin eik..wow, anak perempuan..dua2 sihat tak??
abah: sihat..kak long tengah berehat..ok lah..abah nak balik kejap..nanti abah nak pegi hospital balik kejap lagi..nanti abah bgtau balik perkembangan kat kamu..
arm: orait bah..

since abg aku ade kat kuantan sebab ade training dgn geng2 pilot n WSO nye, ayah aku terpaksa la main peranan bagi menyambut cucu nye yg kedua..so, skarang ni aku dah ade 2 orang anak buah..sepasang lak tu..menurut my mum, baby tu putih macam guwe, and muka macam abg aku..haha..ade gak ikut pak ngah die nie...hehe..nanti aku upload gmbr2 baby girl tu ye..

Mar 2, 2008

UPDATING....

sesungguhnya, sudah lama aku tidak update blog aku ni..due to hidup aku yg kucar kacir..dengan soal kelab lagi, study la..huu..ape la nak jadi kan..nasib baik la today aku ade free skit..hehe..so, ape yg aku nak tulis ye...hahaa.. pasal JUBLI PERAK MRSM TERENDAK...

1. Bayaran Program

Dengan rasa gembiranya saya mengumumkan yuran Jubli Perak terbaru Best!

Berikut adalah maklumat bayaran program Sambutan Jubli Perak:

Terendakian: RM 100 - menghadiri dinner Jubli Perak (termasuk goody bag dam buku ulangtahun)

Spouse: RM 70 (tiada goody bag dab buku ulangtahun)

Bayaran adalah per person.

Dengan adanya yuran baru ini yang berpatutan, lebih ramai Terendakian diharap dapat sama-sama meraikkan majlis paling besar pernah diadakan yang melibatkan kesemua batch, guru-guru dan bekas guru Best!

2. Dinner Program

Dinner sempena sambutan Jubli Perak akan diadakan khas di dewan ballroom MITC Melaka yang akan dihadiri oleh Terendakians, guru-guru MRSM Terendak dan bekas guru MRSM Terendak.

Dengan adanya yuran baru ini, bilangan hadirin adalah unlimited. Asalkan bayar yurannya Smile Majlis ini hanya dibuka kepada dewasa sahaja. Sila berikan nama anda kepada wakil batch anda untuk reserve tempat semasa dinner.

Tema dinner ialah silver atau warna perak bersesuaian dengan sambutan Jubli Perak ini. Kod pakaian adalah smart casual dimana jeans, t-shirt kolar/tidak berkolar, selipar dan sewaktu dengannya tidak dibenarkan. Ini bersesuaian dengan sambutan majlis ini yang kita raikan bersama guru-guru kita.

Tempat: Grand Ballroom MITC
Jalan Konvensyen, Hang Tuah Jaya, MITC Complex,
Ayer Keroh, Melaka


Tarikh: 21 Jun 2008

Masa: 8.00 mlm - 12.00 tgh mlm

Theme: Anything SILVER; Smart Casual; no denim/jeans/sandals/slippers

Seats are unlimited. Can bring spouse/partner. Please reserve ur seat with ur batch reps asap.

3. Goody bag / Souvenier

Souvenier yang setiap Terendakian akan dapat apabila membayar yuran kehadiran majlis jubli perak adalah item-item yang takde dijual dikedai, siap dengan logo Jubli Perak dan majalah 25 tahun MRSM Terendak edisi istimewa yang mengandungi maklumat semua Terendakian.


4. Monumen 25 Tahun

Satu monumen khas bersempena 25 Tahun penubuhan MRSM Terendak akan dibina. Setiap batch akan diberi satu allocation berupa plat copper yang akan terukir nama setiap pelajar dalam batch tersebut.

Setiap batch perlu mengumpul dana mengikut batch masing-masing untuk kos plat tersebut. Harganya akan diumumkan kelak.


5. Aturcara Program

Aturcara program secara umum adalah seperti berikut:

21 June 2008:

Pagi - Pendaftaran Terendakian, perasmian sambutan oleh VVIP, VIP, guru-guru, bekas-bekas pelajar dan pelajar-pelajar MRSM Terendak. Ucapan, tayangan video, perasmian Monumen 25 Tahun, lawatan ke sekitar maktab dll....

Tengahari - Jamuan tengahari untuk semua hadirin

Malam - Majlis Makan Malam di MITC

22 June 2008:

Acara bersama adik-adik dan guru di maktab. Antara yang dirancang seperti Sukaneka, acara bersama BWP maktab, pertandingan rugby dll (detail acara akan diumumkan)

6. Maklumat Penginapan

Penginapan tidak termasuk dalam yuran. Oleh itu, sila urus masing-masing. Walaubagaimanapun jika memerlukan maklumat hotel dan chalet di Melaka, sila klik http://forum.extdk.net/index.php?topic=950.0

KEPADA SEMUA BUDAK2 TERENDAK SPM 2003, LEH BANK IN KE AKAUN AKU, CIMB 14240063114524,..LEPAS DAH BANK IN BAGITAU K...MY PHONE NUMBER 0126191546... JUMPE ANDA DI SANA...